Kolaborasi ZUS Coffee, Pepsi tawar dua minuman eksklusif

Kolaborasi ZUS Coffee, Pepsi tawar dua minuman eksklusif

Kolaborasi ZUS Coffee, Pepsi tawar dua minuman eksklusif
Zus Coffee memperkenalkan dua minuman sensasi terbaru gabungan kopi dengan pepsi, perisa baharu Pepsi Sour dan Pepsi Cloud dihasilkan khas oleh Pepsi dan Zus Coffee di Zus Coffee IOI Rio Puchong. FOTO HAZREEN MOHAMAD

Kuala Lumpur: ZUS Coffee dan Pepsi bekerjasama menghasilkan dua minuman eksklusif terbaharu iaitu Pepsi Sour dan Pepsi Cloud yang mula dilancarkan bermula 22 September hingga 22 Oktober ini.

Dua varian terbaharu itu boleh didapati di semua cawangan ZUS Coffee di seluruh negara, selain turut tersedia di mesin layan diri di beberapa cawangan terpilih.

Antaranya, pusat beli-belah Mid Valley; IOI Rio City; Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM); dan Cheras Leisure Mall.



Tidak ketinggalan di ZUS Coffee cawangan Kota Damansara; Sri Gombak; IOI Conezion; dan Seksyen 13, Shah Alam.

Naib Presiden Pembangunan dan Pemasaran ZUS Coffee, Stephy Foong berkata, kolaborasi itu adalah satu penghormatan kepada ZUS Coffee untuk bekerjasama dengan jenama multinasional seperti Pepsi.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

PAS sudah berstatus Parti “PERASUAH”  




“Kita mahu memperkenalkan rasa yang menarik dan ‘mencipta gelombang’, bukan sahaja buat cita rasa kita semua, tetapi juga dalam inovasi minuman. Ini kerana inovasi dan komuniti adalah dua perkara yang cukup penting bagi ZUS Coffee, dan kami berbesar hati dapat menjadi sebahagian daripada rakan kongsi Pepsi melalui kolaborasi ini,” katanya.

Sementara itu, Naib Presiden Pemasaran Etika, Amy Gan berkata, pihaknya teruja menjalin kerjasama bersama ZUS Coffee sekali gus dapat mencipta inovasi perisa yang unik.

“Kerjasama kedua pihak ini membawa pelanggan kami merasai minuman yang unik melalui varian Pepsi Sour dan Pepsi Cloud. Ini satu inisiatif untuk kami mencipta inovasi perisa yang unik yang jarang dihasilkan.

“Melalui kreativiti serta penyelidikan, kami menggabungkan dua jenis minuman yang sangat berbeza, dan berharap akan membawa keterujaan kepada rakyat Malaysia,” katanya.



Menerusi mesin layan diri itu, pelanggan hanya perlu membeli minuman menggunakan aplikasi ZUS Coffee dengan membeli dua minuman, dan memilih daripada varian berkenaan untuk mendapatkan kod unik.

Dalam masa sama, hadiah menarik menanti pelanggan dengan cara membuat pilihan untuk mengambil minuman di kedai, dan satu minuman adalah daripada varian Pepsi ZUS Coffee, dengan nilai pembelian minimum RM30 dalam satu pesanan di aplikasi ZUS Coffee.

Kolaborasi ZUS Coffee, Pepsi tawar dua minuman eksklusif


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Gagal Tebuk Atap Di Putrajaya, PAS Cuba Di Pahang Pula



 

 

 




Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading