1,500 memandu dalam keadaan mabuk

1,500 memandu dalam keadaan mabuk

SEOUL: Hampir 1,500 orang ditahan memandu di bawah pengaruh (DUI) empat hari pertama selepas negara itu menarik balik sekatan waktu perniagaan dan menaikkan had aktiviti sosial di bawah skim ‘hidup dengan COVID-19’.

Sejumlah 1,486 orang ditangkap kerana DUI antara Isnin hingga Khamis.



Menurut polis, daripada jumlah itu, 384 orang mempunyai tahap kandungan alkohol dalam darah yang cukup tinggi untuk digantung lesen, dan selebihnya berada di tahap lesen mereka boleh dibatalkan.

Korea Selatan memulakan fasa pertama daripada tiga fasa untuk menghapuskan sekatan coronavirus secara beransur-ansur bermula Isnin lalu dalam dasar untuk hidup dengan COVID-19.

Di bawah fasa pertama, had waktu operasi di kafe dan restoran ditarik balik sepenuhnya, manakala had untuk perhimpunan persendirian dinaikkan kepada maksimum 10 orang di Seoul dan 12 di kawasan lain. – BERNAMA

1,500 memandu dalam keadaan mabuk




Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading