Tinggi Makam Siti Nurhaliza, Sampai Mufti Kena Minta Maaf

lTinggi Makam Siti Nurhaliza, Sampai Mufti Kena Minta Maaf

Tinggi Makam Siti Nurhaliza, Sampai Mufti Kena Minta Maaf

Penulis merasa sangat terkejut apabila mengetahui, Mufti Pulau Pinang, Dr Wan Salim Wan Mohd Noor, secara terbuka meminta maaf kepada Siti Nurhaliza.

Sebelum penulis mengulas lebih lanjut mengenai isu tersebut, eloklah kita menoleh ke belakang sebentar untuk mengimbas kembali perjuangan ulamak dahulu.

Tercatat di dalam sejarah, terdapat 5 orang ulamak tersohor telah dipenjarakan kerana mempertahankan hukum.



Mereka adalah Imam Abu Hanifah, Imam Malik, Imam Syafie, Imam Ahmad bin Hambal dan Ibnu Taymiyah.

Imam Abu Hanifah

Ketika di zaman Dinasti Umayyah, Imam Abu Hanifah dipenjara oleh khalifah Marwan bin Muhammad hanya kerana menolak tawaran menjadi hakim.

Selepas itu di zaman Dinasti Abbasiyah pula beliau telah di penjara dan disebat kerana menolak tawaran menjadi kadi.

Mengapa Imam Abu Hanifah menolak tawaran tersebut?



Kerana beliau tidak mahu dijadikan puppet oleh penguasa dan beliau tidak rela menjadi penunggang agama.

Imam Malik

Imam Malik pernah dipenjara oleh Gabernor Kota Madinah kerana mengeluarkan fatwa bahawa hukum talak yang dilaksanakan oleh pemerintah tidak sah.

Khalifah Abu Ja’far al-Mansur telah mengeluarkan fatwa seluruh rakyat perlu taat kepada pemimpin.

Sesiapa yang mogok dan tidak mahu makan akan terjatuh talak atas isterinya.



Imam Malik telah membatalkan fatwa yang dikeluarkan oleh penguasa dan akibatnya beliau dipenjara dan disebat.

Imam Syafie

Manakala Imam Syafie telah difitnah menyokong syiah oleh orang yang dengki dengan dirinya iaitu Mutharrif bin Mazin.

Mutharrif juga turut memfitnah Imam Syafie terlibat dalam rancangan mengganggu-gugat kekuasaan Harun ar-Rasyid.

Kemudian Imam Syafie ditangkap.



Tangan dan kakinya diikat dengan rantai lalu dibawa berarak di jalanan sebagai seorang yang dituduh melawan kekuasaan khalifah.

Imam Ahmad bin Hambal

Imam Ahmad bin Hanbal pernah disebat dan dipenjara selama 30 bulan oleh Khalifah al-Makmun.

Ia adalah kerana beliau tidak mengakui bahawa Al-Quran adalah makhluk yang diyakini oleh aliran Muktazilah.

Khalifah al-Makmun sangat menyukai bidang falsafah dan mulai memaksakan pandangannya tentang Al-Quran adalah makhluk seperti manusia.



Malah beliau turut memaksa para ulama untuk mengikuti pemikirannya.

Namun Imam Ahmad menolak dan meyakini bahawa Al-Quran adalah kalamullah dan bukan makhluk.

Setelah itu beliau dipenjara namun dibebaskan pada zaman pemerintahan khalifah al-Mutawakkil.

Ibnu Taimiyah

Ibnu Taimiyah pernah dipenjarakan di Mesir kerana berbeza pendapat dengan ulama lain yang sezaman dengannya.



Setelah itu beliau dibebaskan dan kemudian berhijrah ke Syam dan mengajar di Syria.

Namun di sini beliau sekali lagi dipenjara selama 5 bulan kerana berbeza pendapat dalam hal persoalan sumpah dengan talak.

Ulamak Mesti Tegas Di Dalam Mengeluarkan Pandangan Dan Nasihat

Berbalik kepada isu mufti Pulau Pinang meminta maaf kepada Siti Nurhaliza secara terbuka.

Permohonan maaf oleh Dr Wan Salim kepada Siti Nurhaliza adalah sangat janggal.

Dr Wan Salim adalah mufti Kerajaan Pulau Pinang yang merupakan ketua ulamak bagi negeri tersebut.

Siapa Siti Nurhaliza?

Beliau hanyalah seorang penyanyi.

Apa yang ditegur oleh Dr Wan Salim?

Tarikh konset Siti Nurhaliza yang dirancang akan dilakukan ketika hampir bulan Ramadhan.

Adakah teguran itu salah?

Sudah semestinya ia tidak salah, malahan ianya patut diberikan.

Tidak kiralah sama ada Siti Nurhaliza atau peminat beliau boleh menerima teguran itu atau tidak, itu bukan masalahnya.

Sebagai seorang ulamak, adalah menjadi kewajipan Dr Wan Salim untuk memberikan teguran dan beliau mesti tegas.

Mengapa harus tunduk kepada tekanan dari Siti Nurhaliza atau peminat beliau?

Siapa mereka hinggakan Dr Wan Salim mesti tunduk kepada kehendak mereka?

Tinggi Makam Siti Nurhaliza, Sampai Mufti Kena Minta Maaf

 

Di Syorkan Untuk Anda:

 

Temui Kami:

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button