Erry, Joe Ee Olahragawan, Olahragawati Wipers
Erry, Joe Ee Olahragawan, Olahragawati Wipers

PUTRAJAYA – Jaguh angkat berat, Muhammad Erry Hidayat dan gimnas, Ng Joe Ee masing-masing dinobatkan sebagai Olahragawan dan Olahragawati Wilayah Persekutuan pada Majlis Anugerah Sukan Wilayah Persekutuan 2021/2022 malam ini.
Kedua-dua atlet itu membawa pulang Piala Pusingan, wang tunai berjumlah RM8,000 dan tajaan barangan sukan daripada FELET bernilai RM1,000 yang disampaikan oleh Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh.
Erry yang baharu sahaja meraikan ulang tahun ke-24, mengetepikan saingan sengit daripada atlet renang, Khiew Hoe Yean dan S. Prem Kumar (karate) pada majlis diadakan di Auditorium Cempaka Sari, Putrajaya.
Anak kepada bekas badang negara, Hidayat Hamidun itu melakar kejayaan cemerlang apabila merangkul pingat perak pada Kejohanan Angkat Berat Asia 2021, perak Sukan Komanwel Birmingham 2022 dan gangsa Sukan SEA Vietnam 2022.

Menariknya, dia turut memperbaharui rekod kebangsaan dengan jumlah angkatan 310 kilogram (kg) bagi kategori 73kg.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Muhyiddin Ulangi Drama Mahathir Di PAU 2002, Hamzah Main Watak Hero
- Zahid Selamat Jalani Pembedah
- Dana Aman Palestin Di Guna Untuk Membeli Aset Syarikat Proksi
Kejayaan Erry dinobatkan Olahragawan Majlis Sukan Universiti Malaysia (MASUM) 2022 pada Julai lalu, menjadikannya atlet angkat berat pertama yang merangkul gelaran Olahragawan Wilayah Persekutuan sejak ia mula dianjurkan pada 2007.
Sementara itu, Joe Ee, 18, dinobatkan sebagai Olahragawati Wilayah Persekutuan mengatasi dua penerjun, Nur Dhabitah Sabri dan Wendy Ng Yan Yee.
Atlet kelahiran Kuala Lumpur itu mempamer aksi cemerlang sepanjang 2022 apabila merangkul dua pingat emas dalam disiplin bola dan riben pada Sukan Komanwel di Birmingham selain turut memenangi gelaran Olahragawati Kebangsaan 2022.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, Wilayah Persekutuan adalah salah satu kuasa besar sukan negara dan menjadi antara penyumbang terbesar melahirkan atlet-atlet ke peringkat kebangsaan.
“Jika dilihat di peringkat lebih tinggi, tahun ini seramai 98 atlet Wilayah Persekutuan terpilih ke Sukan SEA Kemboja, sementara 41 atlet terpilih ke Sukan Asia Hangzhou.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Lagi Pemimpin PAS Berhadapan Saman Fitnah
- Pengganti Presiden Di Jangka Menjadi Perbahasan Panas Dalam Perhimpunan Agung Tahunan PPBM
“Saya berharap agar Majlis Sukan Wilayah Persekutuan akan terus komited dalam melahirkan lebih ramai atlet yang boleh diangkat ke peringkat lebih tinggi di masa hadapan,” menurut teks ucapannya yang dibaca oleh Hannah malam tadi.
Dua atlet silat negara, Muhammad Khairi Adib Azhar dan Ain Najwa Muhamad Basri Darul masing-masing dinobatkan sebagai Olahragawan serta Olahragawati Harapan. – KOSMO! ONLINE
Erry, Joe Ee Olahragawan, Olahragawati Wipers
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- 4 Ahli Parlimen Yang Menyokong Anwar Membuka Ruang Untuk PN Lepaskan Peluru Terakhir
- Perlukah Kerajaan Tubuhkan Jawatankuasa Siasat Punca Kehilangan Sokongan Penjawat Awam
- Muhyiddin U-Turn, Hamzah Berputih Mata
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Muhyiddin bakal jadi Presiden ‘Geng Takut Bini’?