Seorang maut kenderaan MPV rempuh lori

Seorang maut kenderaan MPV rempuh lori

Seorang maut kenderaan MPV rempuh lori
Seorang maut manakala seorang lagi cedera selepas sebuah MPV merempuh sebuah lori di Lebuh Raya Changlun-Kuala Perlis berhampiran UniMAP Kampus Pauh Putra. – Foto ihsan JBPM PERLIS

ARAU: Seorang maut manakala seorang lagi cedera selepas sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) merempuh sebuah lori di Lebuh Raya Changlun-Kuala Perlis berhampiran Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) Kampus Pauh Putra, di sini, hari ini.

Kejadian lewat petang itu berlaku apabila Toyota Avanza yang sedang dalam perjalanan ke sini dipercayai hilang kawalan, sebelum terbabas dan melanggar belakang lori dipercayai menuju ke destinasi sama.

Jurucakap Jabatan Bombadan Penyelamat (JBPM) berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan sekitar jam 4.03 petang sebelum tujuh anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Arau dikejarkan ke lokasi.



Seorang maut kenderaan MPV rempuh lori
Seorang maut manakala seorang lagi cedera selepas sebuah MPV merempuh sebuah lori di Lebuh Raya Changlun-Kuala Perlis berhampiran UniMAP Kampus Pauh Putra. – Foto ihsan JBPM PERLIS

“Kemalangan membabitkan dua kenderaan iaitu sebuah kenderaan pelbagai guna dan sebuah lori satu tan dimana seorang mangsa lelaki tersepit di tempat duduk pemandu kenderaan MPV itu.

“Pemandu lori pula hanya mengalami kecederaan ringan. Kita melakukan operasi mengeluarkan pemandu kenderaan MPV itu dengan menggunakan peralatan khas,” katanya dalam satu kenyataan.

Jurucakap berkenaan berkata mangsa yang maut disyaki akibat parah di badan dan kepala itu dikenali sebagai Mohd Ashraf Mohd Nor, 26, berasal dari Kangar.

“Mangsa dibawa ke Hospital Tuanku Fauziah, Kangar untuk proses bedah siasat. Kes diserahkan kepada polis untuk siasatan selanjutnya,” katanya.



Seorang maut kenderaan MPV rempuh lori


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Zahid Selamat Jalani Pembedahan



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button