Polis perlu siasat juga dakwaan Raja Petra

 

Semalam satu laporan polis telah dibuat oleh Hakim Mohd Nazlan berikutan pendedahan Raja Petra Kamarudin menerusi Malaysia Today



Mohd Nazlan mengambil tindakan tersebut kerana pendedahan Raja Petra menjejaskan kredibiliti beliau serta Institusi Mahkamah serta mengganggu kes yang dalam proses perbicaraan.

 

Pendedahan Raja Petra Kamarudin

 

Semalam menerusi satu perkongsian di facebook, cubaan melakukan transaksi tunai ke nombor akaun yang didedahkan Raja Petra agak mengejutkan.



Tertera nama Mohd Nazlan apabila transaksi dilakukan oleh seorang individu di sebuah bank.

 

Pendedahan Raja Petra Kamarudin

 

Pelbagai tanggapan serta persepsi timbul berikutan pendedahan Raja Petra. 



PERSOALAN SERIUS UNTUK DISIASAT PDRM

Persoalan yang ditimbulkan Raja Petra Kamarudin-RPK agak munasabah apabila melibatkan proses siasatan yang telah dilakukan pihak Polis.

  • RPK menyatakan siasatan terhadap Nazlan telah selesai dan hasil laporan telah ada tetapi didiamkan?
  • Benarkah hasil siasatan transaksi melibatan Tanjung Energy Holdings?
  • RPK dedahkan transaksi berlaku sebanyak 11 kali.

Jika benar dakwaan Raja Petra bahawa berlaku transaksi melibatkan jumlah besar kemasukan wang dari luar negara, sudah pasti memerlukan kelulusan Bank Negara Malaysia.

Siapa yang meluluskannya pada waktu itu?



Bagaimana kemasukan wang dari luar negara dalam jumlah yang agak besar boleh lepas tanpa siasatan sumber kemasukan?

Ini sebahagian persoalan yang telah berjaya ditimbulkan dari pendedahan Raja Petra.

Semalam Nazlan membuat laporan agar siasatan dapat dibuat dibawah di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998, Seksyen 500 Kanun Keseksaan dan lain-lain peruntukan undang-undang yang berkaitan.

Laporan Terhadap Raja Petra



Netizen pula mahukan pihak Polis turut menyiasat pendedahan Raja Petra serta kesahihan dakwaan beliau mengenai Nazlan.

Tidak mungkin siasatan akan dilakukan secara ‘one way ticket’ sahaja tanpa melakukan siasatan balas terhadap laporan RPK.

Rakyat mahukan ketelusan dan kebenaran serta keadilan PDRM dalam melakukan siasatan kerana dakwaan RPK sangat serius dan melibatkan maruah Institusi Mahkamah.

Raja Petra lawan “Raja” Nazlan, siapa akan kalah?




Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading