PRU15 tahun ini akan digagalkan

Perjanjian Persefahaman-MoU CSA antara kerajaan dan pembangkang yang berakhir 31 Julai depan dijangka menjadi faktor PRU15 pada tahun ini akan digagalkan.

Selain MoU, ‘PASLeak’ dan pemilihan jawatan UMNO juga dilihat sebagai sebab PRU15 gagal dilaksanakan pada tahun ini.



Ditambah dengan sikap pembangkang yang sering berdolak-dalih dalam memberi sokongan terhadap usul kerajaan di Parlimen.

Kebanyakan pemimpin politik yang berada dalam kabinet mahu kerajaan sekarang diteruskan sehingga Mei 2023.

Pembangkang yang menang dalam undian pindaan SOSMA telah langsung telah engkar dengan perjanjian sepatutnya boleh menyebabkan Parlimen dibubarkan.

Namun selepas menyedari kesilapan, mereka kelam-kabut mengeluarkan kenyataan tidak melanggar perjanjian yang telah dipersetujui.



‘PASLEAK’ ADALAH ‘BARAH’ UNTUK UMNO DAN BN

‘PASLeak’ yang tular menjadi ‘barah’ dalam kerjasama politik dalam kerajaan hari ini.

Sudah ada ‘DALIL’ yang dikeluarkan oleh pemimpin PAS bagi ‘menghalalkan’ kandungan yang terdapat didalamnya dengan melabelkan ia sebagai ‘sampah’.

Pemilihan jawatan dalam UMNO pula menjadi antara agenda utama mereka yang sedang ghairah untuk menumbangkan kepimpinan UMNO hari ini.

BACA JUGA



Ada kalangan pemimpin UMNO sendiri mahu pemilihan diadakan secepat mungkin bagi memastikan nama mereka ada dalam senarai calon untuk PRU15.

UMNO sebelum ini telah menyatakan 70% muka baru akan mewarnai PRU15 sebagai calon bagi berdepan pihak lawan.

‘DINASOR POLITIK’ MASIH MAHU DISENARAIKAN SEBAGAI CALON PRU15

Tetapi bagi sesetengah ‘Dinasor politik’ mereka masih dahagakan kuasa dan jawatan dan berpendapat tiada keperluan untuk mereka digantikan dengan wajah baru.

Dengan gabungan pelbagai elemen politik hari ini, tidak mustahil tempoh untuk mengadakan PRU15 akan dilanjutkan semaksima mungkin.



Apa yang perlu difikirkan pemimpin politik ialah natijah apabila melewatkan PRU15. Tidak mustahil ekonomi negara akan menguncup selagi sebuah kerajaan stabil tidak dibentuk dalam masa terdekat.

Bukan ekonomi sahaja akan terjejas malah hubungan Malaysia dengan negara luar juga akan dipandang sinis kerana Perdana Menteri Malaysia tidak berkuasa sepenuhnya untuk memuktamadkan sebarang keputusan kerajaan.

BACA SINI

Ini adalah kerana kerjasama longgar antara parti dalam kerajaan sekarang memudahkan berlakunya ‘ugutan politik’ sekiranya kemahuan mereka tidak dipenuhi. Ini hanya akan menyebabkan kekeliruan dasar kerajaan yang bercampur baur.



Tentunya setiap parti politik mahu jaminan kedudukan mereka dalam kabinet tidak tergugat, oleh demikian kerajaan harus akur dan tunduk kepada setiap tekanan yang diberikan parti politik yang berkongsi kuasa mentadbir negara.

Maruah Perdana Menteri Malaysia sekali lagi menjadi taruhan di peringkat antarabangsa dan mungkin negara tidak lagi dipandang tinggi di peringkat ASEAN. 

 

Adakah Nazlan akan saman Raja Petra Kamarudin?



 

 


Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading