Magic5 Pro peranti perdana berkuasa pada harga mampu milik

Magic5 Pro peranti perdana berkuasa pada harga mampu milik.

Magic5 Pro peranti perdana berkuasa pada harga mampu milik.
Magic5 Pro peranti perdana berkuasa pada harga mampu milik.

KUALA LUMPUR: Siri HONOR Magic gah sebagai lambang kejayaan jenama HONOR sejak pelancarannya dengan meraih populariti dan sanjungan dalam pasaran telefon pintar Malaysia.

Terbaharu, menyambung kegemilangan berkenaan, pada Mac lalu Honor memperkenalkan Magic5 Pro sebagai antara telefon pintar ‘flagship’ atau model utamanya pada harga RM4,299 (12/512GB) seunit.

Berpeluang menguji peranti utama Honor ini sejak sebulan lalu, kesimpulannya ia mempunyai keupayaan untuk menjadi pesaing rapat untuk telefon utama jenama lain pada tahun ini khususnya Samsung S23 Ultra, pada harga yang lebih mampu milik.



Dengan reka bentuk yang serba baharu, ia kelihatan amat menarik, sama seperti model terdahulu, ia mengekalkan reka bentuk simetri tetapi kali ini menambah satu lagi tahap perincian lengkungannya sebagai penghormatan kepada Anthony Gaudi, seorang arkitek Sepanyol yang terkenal dengan kerjanya di Barcelona.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Satu Lagi Tanah Rakyat Terengganu Kena Sakau Dengan PAS


Magic5 Pro peranti perdana berkuasa pada harga mampu milik.



Mac lalu Honor memperkenalkan Magic5 Pro sebagai antara telefon pintar ‘flagship’ atau model utamanya pada harga RM4,299 (12/512GB) seunit.Lengkung ini dikenali sebagai Gaudi Curve mengelilingi modul kamera baharu yang sebahagian besarnya telah diilhamkan oleh imej pertama ‘black hole’ di galaksi.

Walaupun telefon ini agak melengkung, namun ia kini mempunyai bahagian tepi rata pada sisinya yang diperbuat daripada aluminium.

Magic5 Pro didatangkan dalam dua pilihan warna iaitu hitam yang mempunyai kemasan berkilat atau meadow green. Ia juga adalah sedikit lebih nipis daripada pendahulu iaitu 8.77 milimeter (mm) tetapi sedikit lebih berat iaitu pada 219 gram.

Peranti ini dilengkapi algoritma Millisecond Falcon Capture, sistem kamera baharu dengan kelajuan kamera terpantas di pasaran. Keunikan HONOR dalam membangunkan makmal penyelidikan kamera untuk menjalankan analisis kuantitatif dan kualitatif telah membantu dalam pertumbuhan kecerdasan pintar (Al) algoritma.




DISYORKAN UNTUK ANDA :

Berita Zahid kunjung Najib , hancurkan naratif yang di cipta oleh musuh UMNO.


Susulan itu, kepantasan autofokus meningkat sebanyak 245 peratus, justeru menjadikan tahap kelajuannya kini lebih pantas berbanding generasi sebelumnya dalam keupayaan menangkap imej.

Magic5 Pro peranti perdana berkuasa pada harga mampu milik.
Dilengkapi algoritma Millisecond Falcon Capture, sistem kamera baharu dengan kelajuan kamera terpantas di pasaran.

Dalam perkara ini, HONOR bersama Qualcomm Technologies menggunakan sepenuhnya Enjin AI Qualcomm, dalam membolehkan peningkatan besar interval cache iaitu lebih enam kali ganda.



Memiliki rangkaian AI dengan lebih 270,000 imej di dalam pangkalan data, kamera HONOR Magic5 Pro memudahkan pengguna merakam gambar dengan pantas. Ia juga membina semula enjin imej HONOR dengan seni bina, kod sumber dan algoritma baharu bagi memanfaatkan sepenuhnya kuasa pemprosesan platform mudah alih Snapdragon.

Dari segi skrin pula ia adalah 1312 x 2848 6.81 inci 1-120Hz yang mencapai kecerahan sehingga 1,300 nits (dengan kecerahan puncak 1,800 nits), menjadikannya lebih mudah digunakan di bawah sinar matahari. Ia selesa untuk ditatapi dengan teknologi LTPO yang menawarkan redupan PWM 2160Hz, menjadikannya kurang silau. Skrin OLED pada peranti ini juga jauh lebih baik daripada model terdahulu.

Peranti ini menggunakan Snapdragon 8 Gen 2, disertai dengan 12GB RAM dan storan 512GB. Ia adalah LPDDR5X dan UFS 4.0 yang terbaharu. Bateri datang pada 5,100mAh yang lebih selesa yang boleh mengecas pada 66W berwayar dan 50W secara tanpa wayar.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Berita Zahid kunjung Najib , hancurkan naratif yang di cipta oleh musuh UMNO.




Dari segi ketersambungan, ia dilengkapi Bluetooth 5.2, Wi-Fi 7 dan 5G, dengan dua SIM fizikal dan sokongan eSIM. Seperti model terdahulu, Magic 5 Pro memiliki pengimbas muka biometrik untuk kedua-dua skrin permulaan dan aplikasi, sambil turut menawarkan pengimbas cap jari.

Speaker stereo juga menjadi cukup ‘sedap’ dan amat jelas. Seperti kebanyakan pesaingnya, speaker bunyi ke arah bawah lebih kuat daripada pembesar suara di bahagian atas.

Berkenaan perisian pula, HONOR menjanjikan dengan tiga peningkatan versi Android dan lima tahun, ia menunjukkan bahawa Honor akhirnya komited kepada sokongan jangka panjang untuk perantinya.



Ia menggunakan MagicOS 7.0 yang dipertingkatkan dan kini berasaskan Android 13, nampak jelas bahawa banyak pengoptimuman telah dilakukan di belakangnya. Sistem berjalan lancar dan tanpa masalah.

Magic5 Pro peranti perdana berkuasa pada harga mampu milik.
Magic5 Pro menyokong pengecasan input wayar 100W dan 100W tanpa wayar.

Antara kelebihan utama HONOR Magic5 Pro adalah mengenai hayat baterinya. Sukar untuk kehabisan kuasanya dalam satu hari, walaupun anda menggunakannya di luar rumah semasa hari sibuk atau semasa bercuti. Bateri 5,100mAh itu adalah tambahan yang hebat untuk telefon ini.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Berita Zahid kunjung Najib , hancurkan naratif yang di cipta oleh musuh UMNO.


Dari segi pengecasan, Magic5 Pro memiliki kelebihan sedikit berbanding Magic4, yang menyokong pengecasan input wayar 100W dan 100W tanpa wayar. Pada 66W, Magic5 Pro berupaya mengecas dari sifar hingga 100 peratus dalam masa kira-kira 45 minit, jauh lebih pantas daripada peranti ditawarkan Google atau Samsung.

Magic5 Pro adalah peningkatan taraf model telefon pintar HONOR yang tampak amat serius berbanding pendahulunya. Paparannya kelihatan lebih seragam, beratnya jauh lebih seimbang dan memiliki banyak ciri istimewa.

Ia adalah telefon ‘flagship’ atau perdana HONOR yang berbaloi untuk dimiliki jika mahukan peranti yang berkuasa.

Magic5 Pro peranti perdana berkuasa pada harga mampu milik.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Berita Zahid kunjung Najib , hancurkan naratif yang di cipta oleh musuh UMNO.

 


Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading