AS pulang semula keranda purba curi milik Mesir

AS pulang semula keranda purba curi milik Mesir

AS pulang semula keranda purba curi milik Mesir
SARKOFAGUS kayu purba dipamerkan di Muzium Sains Asli Houston di Amerika Syarikat (AS) dipulangkan semula kepada Mesir. – AGENSI

KAHERAH: Muzium Sains Asli Houston di Amerika Syarikat (AS) memulangkan semula sebuah sarkofagus kayu purba dikenali sebagai `Keranda Hijau’ kepada Mesir selepas ia dipamerkan di muzium berkenaan.

Keranda purba itu dipulangkan selepas pihak berkuasa AS mendapati ia dicuri beberapa tahun lalu.

Lapor Al Jazeera, proses repatriasi (penghantaran semula) itu merupakan sebahagian usaha kerajaan Mesir menghentikan penyeludupan barangan antik yang dicuri.



Pegawai tertinggi Majlis Antikuiti Mesir, Mostafa Waziri berkata, sarkofagus tersebut dipercayai berasal dari era dinasti purba Mesir, pada tahun 664 sebelum Masihi.

Katanya, sarkofagus berukuran tiga meter tinggi yang berwarna terang itu dipercayai milik seorang ‘paderi’ bernama Ankhenmaat walaupun inskripsi di atas permukaan keranda itu tidak kelihatan.

Artifak purba itu diserahkan secara simbolik dalam satu majlis susulan sidang akhbar diadakan oleh Chargé d’affaires Kedutaan AS di Mesir, Daniel Rubinstein, kelmarin.

Menteri Luar Mesir, Sameh Shoukry dan Menteri Pelancongan dan Antikuiti, Ahmed Issa turut hadir dalam majlis tersebut.



Penyerahan itu dilakukan lebih tiga bulan selepas Mahkamah Daerah Manhattan mengesahkan keranda itu dicuri dari Abusir Necropolis, utara Kaherah.

Menurut Peguam Daerah Manhattan, Alvin L Bragg, keranda purba itu dipercayai diseludup menerusi Jerman ke AS pada tahun 2008.

Pada 2021, pihak berkuasa Kaherah berjaya mendapatkan semula 5,300 artifak yang dicuri dari seluruh dunia.

Kes Rasuah Zeti hanya ‘Tips of the iceberg” 



 

AS pulang semula keranda purba curi milik Mesir


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :



Kes Rasuah Zeti hanya ‘Tips of the iceberg” 



 


Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading