Pengawal keselamatan ditemukan selamat selepas 17 jam hanyut, terapung di laut

Pengawal keselamatan ditemukan selamat selepas 17 jam hanyut, terapung di laut

Pengawal keselamatan ditemukan selamat selepas 17 jam hanyut, terapung di laut
Bot dinaiki pengawal keselamatan berusia 28 tahun ditemukan terdampar di Pantai Mek Mas, Kampung Kedai Buloh, Kota Bharu. STR/ ihsan pembaca

KOTA BHARU: Berpantang maut sebelum ajal. Demikian nasib seorang pengawal keselamatan yang ditemui selamat, selepas hilang di laut hampir 17 jam akibat terjatuh dari bot kendaliannya di luar Pantai Mek Mas di sini, petang semalam.

Mangsa, Muhamad Nursharif Mat Nasir, 28, ditemukan nelayan tempatan jam 10.30 pagi tadi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Bharu, Zukeri Shafie berkata, mangsa dijumpai dalam jarak 6.3 batu nautika dari barat laut Pantai Mek Mas.



“Keadaan mangsa agak lemah mungkin disebabkan tempoh yang agak lama berada di tengah laut dan menurut mangsa, dia berenang tanpa henti dalam usaha menyelamatkan diri.

“Mangsa terjatuh ke laut ketika ingin menarik pukat yang digunakan untuk menangkap sotong, namun tergelincir dan sepanjang berenang tanpa sebarang peralatan itu, mangsa ada ternampak bot nelayan lain dan cuba meminta tolong.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Usaha Menghalang DS Najib Mendapat Tahanan Rumah Mula Di Gerakkan




“Bagaimanapun, sebaik ditemukan sekumpulan nelayan lain pagi tadi, mangsa diserahkan kepada Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) dan dibawa ke Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ) untuk rawatan lanjut,” katanya ketika ditemui di Jeti Kuala Besar di sini, hari ini.

Media sebelum ini melaporkan seorang lelaki dikhuatiri hilang di laut selepas bot nelayan tanpa tuan, ditemukan terdampar di Jalan Pantai Mek Mas, Kampung Kedai Buloh di sini, malam tadi.

Bot itu dijumpai orang awam sebelum menyedari ia milik Muhamad Nursharif namun mangsa didapati terjatuh ke laut ketika memukat sotong semalam.

Sementara itu, ibu mangsa, Rosiah Zainal Abdin, 46, meluahkan rasa syukur kerana anak ketiga dari lima beradik itu ditemukan dengan selamat.



Dia berkata, sejak kehilangan Muhamad Nursharif petang semalam, mereka sekeluarga tidak henti berdoa agar anaknya ditemukan walau hidup atau mati.


“Malam tadi kami sekeluarga berkampung di tepi pantai (Mek Mas) menunggu berita mengenai Nursharif dan hati saya mengatakan dia masih ada.



“Tepat sekali naluri saya itu dan hari ini sebaik mengetahui Nursharif dijumpai dalam keadaan masih hidup, air mata kegembiraan terus mengalir,” katanya.

Pengawal keselamatan ditemukan selamat selepas 17 jam hanyut, terapung di laut

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button