Zizan Razak Didakwa Bercinta Dengan Model Pakaian Muslimah Bernama Nureen

‘Taste’ Sentiasa Cantik Dan Bertudung

Zizan Razak Didakwa Bercinta Dengan Model Pakaian Muslimah Bernama Nureen

Zizan Razak Didakwa Bercinta Dengan Model Pakaian Muslimah Bernama Nureen

Seperti lelaki lain, pelakon dan pelawak Zizan Razak juga menyimpan keinginan untuk menamatkan zaman bujang bersama wanita dicintainya untuk membina sebuah keluarga bahagia.

Zizan atau Mohd Razizan Abdul Razak bagaimanapun sebelum ini pernah mengakui bahawa dia sukar mencari pasangan untuk dijadikan isteri kerana tidak mempunyai masa berkenalan dan menjalinkan hubungan cinta disebabkan jadualnya yang padat dengan pelbagai aktiviti seni.



Namun disebakan sering dikaitkan dengan selebriti wanita, kini pelawak Zizan Razak didakwa intim dengan seorang pempengaruh media sosial yang dikenali sebagai Nureen.

Difahamkan, Zizan dan wanita cantik manis yang kerap menjadi model pakaian muslimah itu sudah saling mengenali kira-kira dua tahun lalu.

 

Meskipun tidak berkongsi foto di mana-mana platform, mereka kerap dilihat menghadiri pelbagai acara dan meluangkan masa bersama-sama.



Berdasarkan pemerhatian, anak kelahiran Terengganu itu turut menjadi antara pengikut Nureen dalam Instagram.

Sebelum ini, Zizan akui sudah bersedia menamatkan zaman bujang tetapi tidak berjumpa dengan wanita sesuai untuk dijadikan suri hati.

Jelasnya dia sebenarnya lebih selesa jika mencari sendiri calon isterinya kerana percaya perasaan suka dan cinta itu perlu berlaku secara semula jadi.

Bagaimanapun, sebelum ini pelakon filem Polis Evo 3 itu sering dikaitkan dengan selebriti wanita lain tetapi hubungan tidak berpanjangan.



Biarpun fasa penting dalam kehidupan ‘lelaki’nya belum berkunjung, jauh lagi ‘dikuncikan’ dengan satu ikatan yang sah, Zizan dilihat sentiasa tidak mengalah.

Zizan Razak Didakwa Bercinta Dengan Model Pakaian Muslimah Bernama Nureen

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Tuan Ibrahim Akui RUU 355 & Hudud Hanya Alat Kempen Bagi PAS




Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading