Pengundian PM diadakan sekali lagi Khamis depan

Pengundian PM diadakan sekali lagi Khamis depan

Pengundian PM diadakan sekali lagi Khamis depan
PITA Limjaroenrat. FOTO Reuters

Bangkok: Parlimen Thailand akan bersidang pada Khamis depan (27 Julai) untuk mengundi perdana menteri baharu kerana perhimpunan dwidewan yang dianggotai 749 anggota tidak dapat bersidang semalam, selepas pencalonan semula pemimpin Parti Move Forward (MFP) Pita Limjaroenrat sudah ditolak.

Speaker Wan Muhamad Noor Matha berkata, parti politik akan mencalonkan calon perdana menteri, dan kemudian perbahasan akan diadakan, tetapi Pita tidak boleh dicalonkan semula kerana ia bertentangan dengan Perkara 41 Perlembagaan.

“Seorang calon hanya boleh dicalonkan sekali dalam setiap sidang Parlimen,” katanya kepada pemberita pada Rabu.



Wan Muhamad Noor berkata, seorang perdana menteri mesti memperoleh 375 undi yang diperlukan dalam persidangan bersama.

Pada Pilihan Raya Umum (PRU) 14 Mei, MFP memenangi 151 kerusi dan memperoleh lebih 14.2 juta undi dan mengetuai gabungan lapan parti yang menguasai 312 daripada 500 kerusi di Dewan Rakyat.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Dr Khairuddin Dedahkan Penipuan Hadi Awang Terhadap PAS




Pheu Thai memenangi 141 kerusi dan parti kedua terbesar dalam gabungan itu.

Bagaimanapun, Pita sebagai calon tunggal perdana menteri sekadar meraih 324 undi, manakala 182 undi menentang dan 199 berkecuali dalam pengundian pusingan pertama pada 13 Julai lalu.

Seramai 705 orang ahli yang hadir pada persidangan itu. Hanya 13 daripada 249 senator (seorang meletak jawatan) menyokong Pita dengan selebihnya mengundi menentangnya atau berkecuali.

Rabu lalu (16 Julai), usaha Pita untuk menjadi perdana menteri berkubur, selepas Mahkamah Perlembagaan mengeluarkan perintah beliau digantung daripada Parlimen.



Mahkamah akan memutuskan sama ada beliau hilang kelayakan sebagai Ahli Parlimen kerana bertanding dalam pilihan raya sedangkan memiliki saham dalam syarikat media yang sudah tidak beroperasi.

Undang-undang pilihan raya Thailand melarang mereka yang memiliki saham dalam syarikat media daripada bertanding dalam pilihan raya.

Pita didakwa tidak layak bertanding kerana memegang saham dalam sebuah syarikat media ketika mendaftar sebagi calon.

Selepas bidaan Pita gagal, gabungan lapan parti pimpinan MFP dijangka mencalonkan Srettha Thavisin dari parti Pheu Thai, seorang hartawan hartanah dan muka baharu dalam arena politik Thailand.



Pengundian PM diadakan sekali lagi Khamis depan


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Dr Khairuddin Dedahkan Penipuan Hadi Awang Terhadap PAS

 




Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading