Pegawai agensi perisikan rahsia China dilantik ketua keselamatan HK

Pegawai agensi perisikan rahsia China dilantik ketua keselamatan HK

Pegawai agensi perisikan rahsia China dilantik ketua keselamatan HK
DONG Jingwei. FOTO Kongres Rakyat Guangxi.

Hong Kong: China melantik bekas pegawai tertinggi dari agensi perisikan rahsia negara kepada ketua keselamatan Hong Kong, yang baharu.

Bloomberg melaporkan, Dong Jingwei, 59, dilantik sebagai Pengarah Pejabat Pelindung Keselamatan Negara di bandar itu, menurut satu kenyataan dikeluarkan kerajaan, pada Selasa.

Beliau menggantikan Zheng Yanxiong, yang berpindah ke Pejabat Perhubungan Hong Kong, pada Januari lalu.



Dong sebelum ini adalah timbalan menteri keselamatan negara di Beijing, menurut pelbagai kenyataan dikeluarkan kerajaan.

Beliau dilahirkan pada 1963 dan juga ketua perkhidmatan keselamatan di wilayah Hebei, menurut resume miliknya di laman web Persatuan Undang-Undang China.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Dr Khairuddin Dedahkan Penipuan Hadi Awang Terhadap PAS




Beliau berkhidmat sebagai pengarah jabatan politik di Kementerian Keselamatan Negara bermula 2017 hingga 2018, lapor akhbar tempatan termasuk South China Morning Post.

Pejabat Pelindung Keselamatan Negara ditubuhkan pada 2020, hanya beberapa bulan selepas China mengenakan undang-undang keselamatan negara ke atas Hong Kong susulan protes antikerajaan selama berbulan-bulan.

Pada 2022, agensi itu membeli rumah agam bernilai HK$508 juta (RM296.6 juta) di kawasan kejiranan mewah Hong Kong.

Zheng adalah ahli pengasas pejabat itu yang disekat Amerika Syarikat kerana peranannya dalam tindakan keras berikutan melaksanakan undang-undang keselamatan.



Kira-kira 260 orang ditangkap polis keselamatan negara manakala puluhan aktivis pro-demokrasi, bekas ahli politik pembangkang dan wartawan menghadapi pertuduhan di bawah undang-undang yang membawa hukuman maksimum penjara seumur hidup.

Awal bulan ini, Ketua Eksekutif Hong Kong, John Lee berjanji untuk memburu polis yang terbabit dengan lapan aktivis demokrasi yang melarikan diri ke luar negara untuk mengelak tuduhan keselamatan negara.

Pihak berkuasa juga menawarkan hadiah HK$1 juta (RM583,885) untuk penahanan seorang daripada mereka.

Lee yang mengalu-alukan pelantikan Dong dalam satu kenyataan selepas pengumuman itu berkata, Hong Kong akan terus bekerja dan berhubung rapat dengan Pejabat Pelindung Keselamatan Negara kerana ia berusaha untuk melaksanakan sepenuhnya undang-undang pada 2020.



Pegawai agensi perisikan rahsia China dilantik ketua keselamatan HK


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Dr Khairuddin Dedahkan Penipuan Hadi Awang Terhadap PAS

 




Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading