PRU15 – bersediakah rakyat membetulkan keadaan?

Menjelang PRU15, rakyat mempunyai pilihan samada mahu mengekalkan tatacara pentadbiran seperti sediada atau kembali membetulkan keadaan seperti sebelum PRU14.

‘Mimpi ngeri’ rakyat Malaysia bermula pada 9 Mei 2018 selepas Pakatan Harapan mengambil alih tampuk pemerintahan di Putrajaya. Pembangkang (PH) secara rasmi telah menewaskan Barisan Nasional (BN) buat pertama kali dalam tempoh 6 dekad.



‘INI KALI LAH’, SLOGAN PAKATAN HARAPAN YANG MEMBODOHKAN RAKYAT 

Kejayaan PH menewaskan BN banyak dibantu dengan pelbagai dakyah songsang serta hasutan menggunakan slogan ‘Ini kalilah’. Mereka (PH) berjaya menarik Tun Mahathir untuk bersama dalam gerakan menumbangkan BN.

Mahathir, seorang bekas Perdana Menteri selama 22 tahun dalam UMNO dan BN yang sepatutnya memikirkan natijah pertukaran kerajaan, bertindak di luar pemikiran logik bila bersetuju untuk bergabung dengan pembangkang.

Beliau mahu membuktikan tiada siapa dari kalangan Perdana Menteri selepasnya dapat menandingi rekod 22 tahun mentadbir serta mengawal politik negara sepertinya.



Akhirnya, Mahathir dapat menyaksikan kerosakan yang dihasilkan oleh tangannya sendiri terhadap politik Malaysia.

Apa yang berlaku? Mahathir berada dikalangan parti-parti yang mahu berkuasa penuh tanpa pedulikan kedudukan beliau selaku PM. Yang penting dalam PH ialah siapa paling berkuasa untuk menentukan dasar serta hala tuju politik negara.

KEROSAKAN HASIL PERCATURAN MAHATHIR, BERSATU, DAP, PKR & AMANAH

Akhirnya, kerana kerosakan yang dihasilkan Mahathir, politik negara berubah menjadi kegelapan untuk rakyat Malaysia. Selepas kejatuhan PH, Muhyiddin Yassin diangkat sebagai Perdana Menteri dan dasar pentadbiran bertukar sekali lagi.



Walaupun bertukar, era Muhyiddin turut mewarisi kebobrokan PH disebalik nama Perikatan Nasional (PN). Politik negara masih tidak dapat distabilkan kerana BERSATU merasakan parti itu berkuasa penuh untuk menentukan hala tuju negara.

Selepas 18 bulan, Muhyiddin meletakkan jawatan kerana tidak mampu membawa apa-apa kebaikan untuk rakyat dan negara. Peralihan pentadbiran kepada Kerajaan Keluarga Malaysia akhirnya dapat menunjukkan sedikit peningkatan kepada rakyat dan negara.

Namun demikian, kestabilan kerajaan masih belum dapat dipenuhi secara total. Ini kerana kewujudan Kerajaan Keluarga Malaysia adalah hasil campuran PN dan BN. Oleh kerana itu, matlamat serta perjuangan politik antara kedua-dua parti berbeza. 

KERAJAAN KELUARGA MALAYSIA HANYALAH KOSMETIK



Kelemahan sesebuah kerajaan campuran merupakan ‘taboo’ kepada negara dan inilah yang masih berlaku dalam Kerajaan Keluarga Malaysia.

Memandangkan perjuangan politik setiap parti tidak sama, mandat perlu dipulangkan kepada rakyat untuk membenarkan mereka memilih mewujudkan sebuah kerajaan yang lebih stabil dan berkhidmat untuk rakyat.

Namun persoalannya, bersediakah rakyat membetulkan kembali politik negara demi kelangsungan kehidupan generasi sediada dan akan datang?

Hanya PRU15 akan menjadi jawapan sebenar pemikiran rakyat Malaysia dan semua pihak perlu bersama-sama untuk mengembalikan senyuman di wajah semua warga Malaysia.



 

Hanya Pru15 boleh kembalikan keyakinan rakyat

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button