Pemilik, pekerja syarikat didakwa kemuka tiga tuntutan palsu Penjana Kerjaya

Pemilik, pekerja syarikat didakwa kemuka tiga tuntutan palsu Penjana Kerjaya

Pemilik, pekerja syarikat didakwa kemuka tiga tuntutan palsu Penjana Kerjaya
Seorang pemilik dan penyelaras sebuah syarikat dituduh di Mahkamah Sesyen, di sini atas tiga pertuduhan mengemukakan dokumen palsu kepada PERKESO bagi menuntut insentif di bawah Program Penjana Kerjaya membabitkan nilai keseluruhan RM126,100. – Foto GHAZALI KORI

KUALA TERENGGANU: Seorang pemilik syarikat dan pekerjanya didakwa di Mahkamah Sesyen, di sini, hari ini atas tiga pertuduhan mengemukakan dokumen palsu kepada PERKESO bagi menuntut insentif di bawah Program Penjana Kerjaya membabitkan nilai keseluruhan RM126,100.

Tertuduh, Arrie Syahiman Mohd Zain, 33, dan Nurul Azwani Mohd Razali, 37, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Norasima Khalid.

Mengikut pertuduhan, mereka didakwa mengemukakan tiga dokumen tuntutan palsu bagi mengelirukan prinsipalnya masing-masing berjumlah RM81,800; RM39,000 dan RM5,300.



Tertuduh mempunyai kepentingan dengan dokumen itu yang mengandungi butir matan palsu iaitu senarai pekerja sedangkan sebahagian penama bukan kakitangan syarikatnya.

Kesalahan itu didakwa dilakukan pada 7 Jun 2021, 29 Jun 2021 dan 5 Julai 2021 di Pejabat PERKESO di daerah Kuala Terengganu.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Isu telur tembelang MRSM Kuala Klawang disiasat




Mereka didakwa mengikut Seksyen 18 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 24(2) akta sama.

Jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara tidak lebih 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda jumlah atau nilai butir palsu, jika butir palsu itu dapat dinilai atau RM10,000, mengikut mana lebih tinggi jika disabit kesalahan.

Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya SPRM, Mariah Omar manakala tertuduh, Nurul Azwani diwakili Mohd Hayyatuddin Muhamad dan Arrie Syahiman pula tidak diwakili peguam.

Norashima membenarkan kedua-kedua tertuduh diikat jamin RM15,000 setiap seorang dengan seorang penjamin selain menyerahkan pasport antarabangsa dan melapor diri di pejabat SPRM berhampiran setiap bulan.



Mahkamah kemudian menetapkan 28 November ini untuk tarikh sebutan semula.

Pemilik, pekerja syarikat didakwa kemuka tiga tuntutan palsu Penjana Kerjaya


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Gerakan jatuhkan Muhyiddin sudah bermula?



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button