Kanak-kanak tahan sakit sejam kaki tersangkut di lubang tandas

Kanak-kanak tahan sakit sejam kaki tersangkut di lubang tandas

Kanak-kanak tahan sakit sejam kaki tersangkut di lubang tandas
Anggota bomba sedang berusaha mengeluarkan kaki kanak-kanak yang tersangkut pada lubang tandas di Jalan Cheras, Batu 12, Sungai Sikamat. – NSTP/Ihsan Bomba

KUALA LUMPUR: Kanak-kanak lelaki sembilan tahun terpaksa menahan sakit hampir satu jam apabila sebelah kakinya tersangkut dalam lubang tandas di rumahnya di Jalan Cheras, Batu 12, Sungai Sikamat, dekat sini, tengah hari tadi.

Sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Kajang digerakkan ke lokasi sebaik menerima laporan kejadian pada jam 12.23 tengah hari.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar, berkata kanak-kanak itu dipercayai tergelincir ketika mahu menggunakan tandas.



“Sebahagian kaki kiri mangsa terperosok dan tersangkut pada lubang tandas.

“Anggota bomba mengambil masa kira-kira 20 minit untuk mengeluarkan kaki mangsa dan operasi selesai sepenuhnya pada jam 12.50 tengah hari.

Katanya, kanak-kanak terbabit tidak mengalami sebarang kecederaan akibat kejadian itu.

Kanak-kanak tahan sakit sejam kaki tersangkut di lubang tandas


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Isu telur tembelang MRSM Kuala Klawang disiasat




Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading