M16 meletup sendiri, tiga anggota polis cedera

Oleh – Syeikh Baran


M16 meletup sendiri, tiga anggota polis cedera
Gambar Hiasan

Tiga anggota Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Selama cedera selepas selaras senapang M16 yang berada di dalam lori Polis Diraja Malaysia (PDRM) meletup secara tiba-tiba.

Difahamkan, dua daripada anggota polis yang cedera berada di luar kenderaan tersebut, manakala seorang lagi duduk di bahagian belakang lori berkenaan.



Kesemua mangsa yang mengalami kecederaan dihantar ke Hospital Kulim untuk mendapatkan rawatan.

Kejadian itu dipercayai belaku selepas mereka selesai menjalani latihan menembak di Lapang Sasar, Batalion 2, Pasukan Gerakan Am di Kulim, Kedah pada Jumaat lalu

Ketua Polis Perak, Datuk Seri Mohd. Yusri Hassan Basri mengesahkan insiden itu dan memberitahu kenyataan penuh akan dikeluarkan pihaknya sebentar lagi.

Sumber – KOSMO! ONLINE



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button