Penembak di Maine, AS, masih belum ditangkap

Penembak di Maine, AS, masih belum ditangkap

Penembak di Maine, AS, masih belum ditangkap
PASUKAN keselamatan dilihat di rumah Robert Card. FOTO AFP

New York: Usaha memburu lelaki yang menembak mati 18 orang di sebuah pusat boling dan sebuah bar di negeri Maine, Amerika Syarikat (AS), memasuki hari kedua, ketika Presiden Joe Biden menyifatkan insiden Rabu lalu itu “satu lagi tembakan besar-besaran yang tidak masuk akal dan tragis.”

Puluhan ejen penguat kuasa undang-undang mengepung rumah keluarga suspek,Robert Card, 40, tetapi menjelang tengah malam, ejen meninggalkan hartanah di Bowdoin, berhampiran Lewiston itu, untuk memburunya di tempat lain.

Kawasan di sekitar Lewiston kekal dalam keadaan sunyi lebih 24 jam selepas Card didakwa mengamuk, dan kemuncaknya melakukan penembakan beramai-ramai paling maut di AS, tahun ini. Tiga belas orang turut cedera dalam insiden berkenaan.



Pihak berkuasa membuat sekatan jalan raya, mengarahkan sekolah dan perniagaan ditutup, dan menyuruh penduduk tinggal di dalam rumah.

Gabenor Janet Mills berkata, suspek “dianggap bersenjata dan berbahaya, dan polis menasihatkan supaya orang Maine tidak mendekatinya dalam apa jua keadaan.”

DISYORKAN UNTUK ANDA :

Kem siapa dalam BERSATU ‘pedajal’ Hamzah Zainudin?




Card dilihat dalam rakaman pengawasan mengacukan senapang separa automatik ketika dia masuk ke pusat boling, Just-in-Time, Rabu lalu.

Pada awal malam Khamis, ejen penguat kuasa undang-undang mengepung rumah keluarga Card di Bowdoin, membawa masuk kenderaan berperisai, dan menghantar dron dan helikopter.

Polis negeri memberi amaran “sila keluar” dan “kami tidak mahu sesiapa tercedera” melalui pembesar suara berhampiran rumah, tetapi kemudiannya berkata, amaran itu adalah rutin dan bukan pengesahan bahawa Card berada di dalam kediaman itu.

Laporan berita menyiarkan rakaman orang ramai yang melarikan diri dalam ketakutan dari pusat boling itu selepas tembakan dilepaskan, petang Rabu lalu.



Seorang mangsa yang terselamat memberitahu wartawan televisyen bahawa dia berada 15 kaki (kira-kira lima meter) dari lelaki bersenjata itu ketika suspek melepaskan tembakan. Dia pada mulanya menyangka ia adalah bunyi belon yang meletup.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Apakah Akan Ada Berita Baik Untuk Najib Dari Istana Negara?

“Sebaik sahaja saya berpaling dan melihat ia bukan belon dan dia sedang memegang senjata, saya hanya merebahkan diri di lorong boling sehingga ke tempat jatuhan pin dan berada di situ selama kira-kira 10 minit sehingga polis tiba,” katanya.



Card adalah tentera simpanan AS. Media AS melaporkan bahawa dia baru-baru ini dihantar untuk rawatan psikiatri selepas dia mendakwa ‘mendengar suara’.

Penembak di Maine, AS, masih belum ditangkap

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Kem siapa dalam BERSATU ‘pedajal’ Hamzah Zainudin?




Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading