Rafizi guna formula “ekonomi” kutip duit rakyat

 

Oleh – Ku Zairi Ku Kamal

Rafizi Ramli kini datang lagi dengan formula “ekonomi” kutip duit rakyat ketika semua bergelut dengan masalah inflasi.

Menerusi satu iklan, ayuhmalaysia.org menganjurkan majlis makan malam untuk mengutip wang dengan menjual meja dengan harga tertinggi RM10,000.

Jualan harga untuk individu secara berasingan dijual pada harga RM100 seorang. 

Bayangkan berapa barang keperluan yang boleh dibeli dengan wang sebanyak RM100?

  • Ayam – Rm9.40 (harga siling) x 1.5 kg = RM14.10
  • Beras – 5kg (Super spesial tempatan 5%) = RM12.90
  • Sayur – Bayam (1kg-harga FAMA) = RM7.00
  • Telur Ayam – Gred B = RM12.30
  • Sardin – Ayam Brand = RM9.19
  • Tepung Gandum = RM3.50
  • Bawang Merah 1kg (India) = RM6.00
  • Biskut Cream Cracker = RM10.40
  • Susu Pekat = RM3.20
  • Milo (kecil) = RM7.90
  • Teh (25 uncang) =RM6.90
  • Gula (1kilo) = RM2.80
  • Kicap (325ml) = RM4.00

 

PKR sering menggunakan kisah kesusahan rakyat bagi mencari simpati, tetapi dalam masa sama mereka mengutip wang rakyat tanpa disedari penyokong mereka.

Bayangkan apa yang dapat dibeli dengan harga RM1ribu bagi meja makan bernilai RM10ribu yang dijual PKR?

Apa jawapan dari Rafizi Ramli? Formula apa yang beliau akan kemukakan bagi ‘menghalalkan’ matlamat PKR?

Secara tidak langsung, Rafizi sebenarnya menampakkan sisi ‘munafik’ PKR dan beliau sendiri. Dikala rakyat berdepan dengan kekakngan ekonomi serta harga barangan keperluan yang melambung naik, mereka selamba mengukir senyuman meminta rakyat menderma kepada parti.

 

 

Leave a Reply