Kelantan cuti kelepasan am Selasa 12 Julai

Kota Bharu: Kelantan memberi cuti kelepasan am pada Selasa ini (12 Julai) sebagai cuti ganti sempena Hari Raya Aidiladha.

Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri dalam kenyataan hari ini memaklumkan, ia sejajar pewartaan 9 Zulhijjah iaitu pada 9 Julai sebagai hari kelepasan am bagi Hari Wuquf, sebagaimana surat pemakluman pihaknya pada 13 Januari lalu

“Hari Wuquf jatuh pada Sabtu dan hari kelepasan am bagi Hari Raya Korban pertama serta kedua pula masing-masing pada Ahad dan Isnin iaitu 10 dan 11 Julai 2022 .

“Oleh itu, Selasa (12 Julai) adalah menjadi hari kelepasan am negeri Kelantan sebagai cuti gantian Hari Raya Korban,” kata kenyataan itu.



METRO

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker