Tata tunggu Messi di Inter Miami

Tata tunggu Messi di Inter Miami

Tata tunggu Messi di Inter Miami
Gerardo Martino (tengah) bersama pengarah urusan Inter Miami, Jorge Mas (kiri) dan pengarah sukan kelab Chris Henderson. – Foto Twitter Inter Miami

MIAMI, Amerika Syarikat: Inter Miami melantik bekas jurulatih Barcelona dan Argentina, Gerardo Martino untuk mengendali pasukan Major League Soccer (MLS) itu sekali gus akan bersatu semula dengan warga senegaranya Lionel Messi.

Martino, yang lebih dikenali dengan panggilan “Tata”, melatih Messi di kedua-dua kelab Sepanyol dan pasukan kebangsaan negaranya.

Kali terakhir beliau berkhidmat sebagai jurulatih Mexico dan sebelumnya bertugas di MLS bersama Atlanta United, memenangi kejuaraan pada 2018.



Kehadiran Martino memang dijangkakan sejak awal selepas Miami, yang menghuni tangga tercorot liga Eastern Conference, memecat jurulatih Inggeris mereka, Phil Neville.

Pengendali berusia 60 tahun itu akan mengambil alih pasukan daripada jurulatih sementara Javier Morales, sebaik dokumennya dilengkapkan.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

‘Ularmak’ PAS anggap pengundi Yahudi dan Nasrani?



Tata tunggu Messi di Inter Miami
Gerardo Martino ketika mengendalikan Mexico menentang Arab Saudi di Stadium Lusail pada Piala Dunia 2022 di Qatar, November lalu. – Foto REUTERS

“Kami amat gembira menyambut ketibaan Tata ke Inter Miami. Kami berasakan beliau seorang jurulatih yang sejajar dengan impian kami sebagai kelab dan kami optimis mengenai apa yang kami boleh capai bersama,” kata pengarah urusan Inter Miami, Jorge Mas.

“Tata sudah melatih di peringkat tertinggi dan kami percaya pengalamannya akan banyak membantu ketika kami berusaha untuk bersaing merebut kejuaraan di sini,” katanya.

Messi berkata awal bulan ini dia menyertai Miami, yang turut dimiliki bersama oleh David Beckham, selepas memilih untuk meninggalkan Paris Saint-Germain pada penghujung kontraknya.

Martino bermain dan melatih kelab Argentina, Newell’s Old Boys, yang mana Messi beraksi ketika zaman sekolah.



“Tata seorang jurulatih yang disegani dalam sukan ini yang mana rekod pencapaiannya membuktikan segala-galanya,” kata Beckham. – AFP

Tata tunggu Messi di Inter Miami


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Kerana rasuah PAS hilang kerusi Parlimen Kuala Terengganu.




Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading