Akmal sasar ‘kuasai’ EA Sports FC24

Akmal sasar ‘kuasai’ EA Sports FC24

Akmal sasar ‘kuasai’ EA Sports FC24
AKMAL (kanan) menyasarkan tiga pentas besar dalam saingan musim baharu EA Sports FC24. – FB AKMALJHD

CYBERJAYA – Walaupun permainan video FIFA kini digelar EA Sports FC24 tetapi bintang e-Sukan negara, Ahmad Akmal Abdul Rafil tidak menganggapnya sebagai satu halangan untuk merealisasikan tiga impiannya yang tertangguh musim lalu.

Akmal, 22, bersama pasukannya, JDT|GBX Esports Team berjaya mencapai dua daripada tiga sasaran peribadinya iaitu layak ke Piala Kelab Dunia eFIFA dan Piala Negara-Negara eFIFA.

Kini, pemain dengan nama permainan ‘AkmalJHD’ itu berharap dapat merealisasikan satu lagi impiannya iaitu beraksi pada Piala Dunia biarpun cabaran lebih sukar kerana perlu menyesuaikan diri dengan EA Sports FC24.



EA Sports FC24 yang dilancarkan di pasaran secara global bermula 29 September ini, dikatakan sedikit berbeza dengan judul-judul permainan FIFA sebelum ini kerana lebih ‘manual’ dan perlu bijak menggunakan taktikal.

“Musim baharu sahaja bermula dan saya pun baru dapat cuba seminggu. Buat masa ini masih perlu kaji lagi tetapi nampak agak meyakinkan.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Apa Yang PAS Tak Mampu Lakukan Waktu Bersama DAP Sebagaimana UMNO




Akmal sasar ‘kuasai’ EA Sports FC24
HAALAND dilantik sebagai duta rasmi EA Sports FC24. – GAMESBOND

“Tahun lepas saya ada beritahu nak layak ke tiga Piala Dunia tetapi saya dapat dua. Ia satu pencapaian yang besar tetapi secara peribadi saya merasakan dapat raih lebih lagi.

Majlis anjuran EA Sports dan Gamesbond International itu bagi meraikan ketibaan EA Sports FC24 dan FC Mobile yang menampilkan pelbagai penambahbaikan baharu termasuk menggunakan enjin permainan dikenali sebagai ‘Hypermotion V‘.

Kerjasama dua pihak itu bakal memberikan satu impak positif terhadap komuniti e-Sukan di Malaysia kerana pelbagai aktiviti serta kejohanan akan dilangsungkan sepanjang musim EA Sports FC24.

“Kami melihat banyak ruang dan peluang yang boleh dilakukan di Malaysia untuk mempromosikan lagi siri permainan digital EA Sports FC kepada komuniti terutama golongan belia,” kata Pengasas Gamesbond International, Suki Lee.



Sebagai rekod, penyerang prolifik Manchester City, Erling Haaland dilantik duta rasmi bagi EA Sports FC24. – KOSMO! ONLINE

Akmal sasar ‘kuasai’ EA Sports FC24


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

PAS sudah berstatus Parti “PERASUAH”  



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button