Mayat tersangkut di pokok

 

Mayat seorang lelaki ditemui tersangkut pada pokok di tepi sungai berhampiran Jeti Nelayan Kampung Ulu Pulai di sini pada Isnin.

Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Pekan Nanas, Pegawai Bomba Kanan II, Mohd Asnawi Jumaat berkata, seramai lima anggota dan satu jentera bergegas ke lokasi kejadian bagi membantu mengangkat mayat selepas menerima panggilan kecemasan pada jam 8.27 pagi.

“Setiba di lokasi kejadian, didapati terdapat mayat seorang lelaki dewasa berusia lingkungan 40-an. Mayat ditemui tersangkut pada pokok di tepi sungai dalam jarak 500 meter dari jeti.

“Mayat mangsa kemudian diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut. Operasi tamat pada jam 9.47 pagi,” katanya menerusi kenyataan pada Isnin.



Sinar


Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading