706 notis saman sepanjang 8 hari Ops Lejang

Ipoh: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Perak mengeluarkan 706 notis saman membabitkan pelbagai kesalahan sepanjang lapan hari pelaksanaan Ops Lejang di negeri ini, bermula 1 Ogos lalu.

Pengarahnya, Mohammad Yusoff Abustan berkata, sebanyak 661 motosikal diperiksa dan 17 motosikal disita sepanjang operasi yang turut mendapat kerjasama Polis Diraja Malaysia (PDRM).

“Daripada 706 notis saman dikeluarkan, 312 adalah notis saman JPJ P(22) membabitkan kesalahan lesen memandu; Lesen Kenderaan Motor (LKM) tamat tempoh dan tiada perlindungan insuran,” katanya di sini, hari ini.



Beliau berkata, nahas motosikal di Pulau Pinang baru-baru ini, JPJ meningkatkan pemantauan dan penguatkuasaan dengan memberikan tumpuan kepada usaha menangani kegiatan lumba haram dan menunggang motosikal secara berbahaya di lebuh raya dan jalan Persekutuan serta Negeri dari semasa ke semasa.

“Kami ingin menasihatkan pemilik dan penunggang motosikal supaya mengelak daripada terbabit dengan sebarang kegiatan lumba haram dan menunggang motosikal secara berbahaya yang boleh mengakibatkan kemalangan dan kematian di jalan raya.

“Peringatan dan amaran, tindakan tegas termasuk penyitaan motosikal di bawah Seksyen 64 Akta Pengangkutan Jalan 1987 akan dikuatkuasakan,” katanya.

METRO



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button