Selebriti, pencipta kandungan meriahkan larian maraton

Selebriti, pencipta kandungan meriahkan larian maraton

Selebriti, pencipta kandungan meriahkan larian maraton
PARA peserta mengambil bahagian pada acara maraton L’Occitane Race For Vision Charity Fun Run 2023 yang berlangsung di Dataran MAEPS semalam

PETALING JAYA – Acara larian maraton anjuran L’Occitane Malaysia dengan bantuan Pertubuhan Mata Kasih Kuala Lumpur yang berlangsung di Dataran MAEPS, Serdang, Selangor semalam berjaya mencapai objektifnya.

Bukan sahaja mendapat sambutan menggalakkan lebih 3,000 peserta, malah beberapa selebriti dan pencipta kandungan (content creator) tanah air turut memeriahkan acara maraton yang berkonsepkan larian amal itu.

Melalui penganjuran itu, sejumlah RM80,000 akan disumbangkan untuk menjalankan perkhidmatan penjagaan mata seperti pemeriksaan mata, preskripsi cermin mata untuk komuniti yang layak di Sabah dan Johor.



“Mengetahui bahawa satu daripada 10 kanak-kanak di Malaysia menghadapi masalah penglihatan yang tidak didiagnosis, menyertai L’Occitane Race For Vision Charity Fun Run 2023 menjadi salah satu pilihan paling bermakna.

“Dapat bersatu-padu dengan rakyat Malaysia dengan pengalaman hidup yang berbeza, bersama-sama kita meningkatkan kesedaran terhadap kepentingan pencegahan buta,” menurut kenyataan penganjur.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

“Suara Demi Najib” mohon keadilan perbicaraan buat Najib Razak



Selebriti, pencipta kandungan meriahkan larian maraton
SEBAHAGIAN peserta yang mengambil bahagian dalam acara larian santai 5km yang berlangsung di Dataran MAEPS semalam.

Salah seorang peserta yang juga pencipta kandungan, Fathirah Adnan turut berkongsi keterujaannya dapat menyertai acara larian maraton santai berjarak lima kilometer (km) itu.

“Larian seperti ini bukan sahaja untuk kita mengamalkan cara hidup sihat tetapi juga memberikan kesedaran kepada kita mengenai penjagaan kesihatan mata. Acara seperti ini sesuatu yang bagus kepada masyarakat kita,” katanya.

Acara maraton itu pada awalnya merupakan program tanggungjawab sosial korporat (CSR) sebelum ia diperkenalkan kepada umum buat kali pertama pada 2018.

Sejak itu, larian yang bertemakan ‘Race for Vision‘ itu berjaya menghimpunkan ribuan rakyat dengan objektif meningkatkan kesedaran terhadap kepentingan pencegahan buta.



Setakat ini, L’Occitane Malaysia telah berjaya membantu 40,000 rakyat Malaysia dan menderma lebih RM1.4 juta termasuk sumbangan RM80,000 melalui penganjuran maraton bagi edisi tahun ini. – KOSMO! ONLINE

Selebriti, pencipta kandungan meriahkan larian maraton


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Proklamasi sudah mati, Gelombang hijau terbantut, Tsunami Bebas Najib mula bangkit



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button