Dua pesawat penumpang ‘bergesel’ di Jepun

Oleh – Syeikh Baran


Dua pesawat penumpang 'bergesel' di Jepun
Hujung sayap dua jet penumpang ‘bergesel’ antara satu sama lain di lapangan terbang Jepun pagi ini, kata seorang pengendali lapangan terbang, dengan laporan mengatakan tiada siapa yang cedera. – Foto AFP

Hujung sayap dua pesawat penumpang ‘bergesel’ antara satu sama lain di lapangan terbang Jepun, kata seorang pengendali lapangan terbang itu hari ini, sekali gus kemalangan penerbangan terbaharu negara itu.

Laporan menyebut tiada kecederaan dalam insiden membabitkan dua pesawat All Nippon Airways (ANA) di lapangan terbang Itami Osaka yang beroperasi untuk penerbangan domestik.



“Kami diberitahu hujung sayap dua pesawat ANA bergesel antara satu sama lain sejurus selepas 10.00 waktu tempatan,” kata jurucakap Kansai Airports yang mengendalikan Itami memberitahu AFP.

Sementara itu, menurut media tempatan, tiada penumpang atau anak kapal cedera.

Insiden itu berlaku hanya beberapa minggu selepas beberapa masalah berkaitan pesawat menjadi tajuk utama di Jepun dan luar negara.

Ia susulan kejadian pada 2 Januari lalu dan disifatkan paling serius iaitu perlanggaran di lapangan terbang Haneda yang membabitkan pesawat Japan Airlines dan pesawat pengawal pantai yang lebih kecil.

Kesemua 379 orang di dalam pesawat JAL Airbus itu bergegas menyelamatkan diri sejurus sebelum pesawat itu terbakar, tetapi lima daripada enam orang pesawat yang lebih kecil itu meninggal dunia.



Dalam kejadian pada bulan sama, keadaan bersalji menyebabkan hujung sayap rancangan Korean Air mengenai pesawat daripada syarikat penerbangan Cathay Pacific yang tiada penumpang ketika bergerak perlahan di lapangan terbang di Hokkaido.

Satu lagi penerbangan ANA dilaporkan terpaksa berpatah balik selepas keretakan dikesan pada tingkap kokpit Boeing 737-800 itu.

Pesawat ANA ke Amerika Syarikat (AS) itu terpaksa berpatah balik ke Tokyo selepas penumpang yang mabuk menggigit atendan kabin ketika dalam penerbangan. – AFP

Sumber – BERITA HARIAN



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button