Abraham julang Roma

EMPOLI, Itali: Tammy Abraham meledak jaringan penting ketika kemenangan 2-1 Roma di Empoli hari ini yang meletakkan mereka satu mata di belakang tiga pasukan yang mendahului Serie A.

Roma berkedudukan kelima di belakang Napoli, Atalanta dan AC Milan selepas Abraham menyambar hantaran lintang Paulo Dybala dari jarak dekat pada minit ke-71.

Dybala membuka jaringan buat pelawat yang beraksi dalam perlawanan ini selepas dua kekalahan di tangan pasukan tangga keempat, Udinese dan Ludogorets, pada minit ke-17.



“Kami tahu ia akan menjadi perlawanan mencabar, sebelum perlawanan ini kami tewas dua kali, jadi kami perlukan kemenangan untuk meningkatkan keyakinan. Tapi kami gembira menang,” kata Abraham kepada Sky Sport Italia.

“Saya perlu terus belajar dan meningkat. Saya baharu pulih daripada kecederaan, jadi saya masih mencari kecergasan tetapi saya gembira menjaringkan gol dan membantu pasukan sebanyak mungkin.”

Skuad Jose Mourinho sekali lagi berdepan kemungkinan keputusan buruk dua minit sebelum rehat apabila Filippo Bandinelli menghukum kesilapan pertahanan Roma dengan menanduk masuk hantaran Petar Stojanovic.

Keputusan seri tidak dimahukan Empoli dengan dua percubaan mereka menerusi Martin Satriano dan Jean-Daniel Akpa Akpro terkena palang.



Namun gol kedua Abraham musim ini sudah cukup untuk memastikan tiga mata.

Roma akan menanti kehadiran HJK pada aksi Liga Europa awal pagi Jumaat ini sebelum menentang Atalanta pada perlawanan terakhir sebelum rehat perlawanan antarabangsa.

AFP




Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading