IMF salur bantuan kewangan kecemasan ke negara terjejas krisis makanan



IMF salur bantuan kewangan kecemasan ke negara terjejas krisis makanan

IMF salur bantuan kewangan kecemasan ke negara terjejas krisis makanan
SUKARELAWAN tempatan menjunjung seguni benih di pekan Thonyor, Sudan Selatan.-AFP

WASHINGTON: Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) akan menyalurkan bantuan kewangan kecemasan kepada negara yang dilanda krisis bekalan makanan akibat konflik di Ukraine.

Dilaporkan, sebanyak 20 ke 30 negara sangat memerlukan bantuan asas tersebut, lapor Reuters.

Pengarah Urusan IMF, Kristalina Georgieva berkata, program bantuan itu akan disediakan kepada negara yang belum mempunyai program IMF lebih besar dan 50 negara dianggarkan layak sebagai penerima.



Jelasnya, program itu akan membenarkan IMF menyediakan pembiayaan kecemasan tambahan tanpa syarat kepada negara yang dilanda krisis makanan yang tercetus akibat inflasi global berikutan pandemik Covid-19.

“Kami mempunyai keperluan mendesak untuk bertindak. Apa yang kami cadangkan adalah menigkatkan akses kepada pembiayaan kecemasan selama setahun kepada negara yang paling terdedah,” katanya.

Menurut Georgieva, perubahan itu akan memberi manfaat kepada negara pengimport makanan berpendapatan rendah yang menyaksikan kos melambung tinggi atau negara-negara lain seperti Ukraine yang terjejas eksportnya akibat perang.

Katanya, lembaga pengarah agensi itu ‘sangat positif’ mengenai cadangan bantuan tersebut selepas mereka bertemu secara rasmi, Isnin lalu.



Beliau berharap bantuan itu akan diluluskan bagi membolehkan pengeluaran dana dengan pantas.

Dalam pada itu, Jurucakap IMF, Gerry Rice berkata, agensi itu sudah memperuntukkan lebih AS$268 bilion (RM1.07 trilion) kepada 93 negara sejak pandemik bermula dan mengkaji semua pilihan untuk meningkatkan bantuan terhadap negara yang terjejas akibat krisis makanan.

Beliau menjelaskan IMF sudah menyediakan pinjaman berjumlah AS$27 bilion (RM108 bilion) kepada 57 negara berpendapatan rendah dan menggalakkan negara anggota supaya mohon lebih awal bagi mendapatkan sokongan kewangan yang diperlukan.

Penjarakan pemimpin Umno, apa respon Ismail Sabri?

IMF salur bantuan kewangan kecemasan ke negara terjejas krisis makanan


DISYORKAN UNTUK ANDA :


LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :




Penjarakan pemimpin Umno, apa respon Ismail Sabri?



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker