Ustazah Asma’ Harun dituduh ‘penunggang agama’

Sengaja bikin drama jumpa Ifa Raziah… “Allah izinkan tanpa dirancang”

Ustazah Asma’ Harun dituduh ‘penunggang agama’
Ustazah Asma' Harun dituduh ‘penunggang agama’
Asma’ bukan bela diri tapi nak beri pendirikan pada semua orang.
SELEPAS mengadakan pertemuan dengan penyanyi Ifa Raziah, penceramah bebas Ustazah Asma’ Harun menerima kritikan netizen hingga ada menuduhnya sebagai penunggang agama.
Terkesan dengan kata-kata hinaan itu, Asma’ tampil membuat penjelasan berhubung pertemuannya dengan Ifa yang tidak dirancang pada Khamis lalu.

“Berhenti manipulate, oh… ini propaganda, lakonan. Ustazah (Asma’ Harun) pun pandai berdrama mesti dah dirancang ni. Ustazah penunggang agama. Saya pelik dengan manusia hari ini, tapi itulah dikatakan ujian.

Ustazah Asma' Harun dituduh ‘penunggang agama’
Asma’ Harun memang niat nak jumpa Ifa Raziah.

“Sebenarnya pertemuan saya dengan Ifa Raziah tidak dirancang, sama ada oleh pihak Ifa Raziah…ada Al-Quran depan saya,” katanya.

Asma’ menjelaskan mengenai perkara itu menerusi rakaman video yang dimuat naik di laman Instagram miliknya pada Rabu.



Dalam pada itu, Asma’ berkata niatnya mengadakan pertemuan dengan penyanyi itu bagi menyelesaikan isu mereka berdua sebelum ini.

“Sebab orang dah fitnah lain, orang fitnah ustazah ni banyak dramalah… lepas dia kecam-kecam dia buat pertemuan macam ni. Boleh percaya ke?


DISYORKAN UNTUK ANDA :


“Dari awal lagi saya dah niat, kalau saya diizinkan Allah temukanlah dimana-mana dengan Ifa ni… saya nak settle sebab dalam hati tiada rasa benci pada individu. Kita hanya menegur bukan menghukum,” kongsinya.

Ustazah Asma' Harun dituduh ‘penunggang agama’
Asma’ Harun mahu sebar kebaikan.

Tambah Asma’, dia membuat penjelasan ini bukan untuk membersihkan namanya dari kata-kata negatif tersebut namun sebagai pengajaran kepada semua Muslim.



“Sebenarnya ada beban berat saya bawa… sebulan kot. Jadi beban berat tu saya perlu buat sesuatu… saya perlu buat penjelasan bertulis. Saya tak kisah difitnah disangka buruk.

Sebab dalam hati tiada rasa benci. ASMA’ HARUN PENCERAMAH BEBAS

“Tetapi apa yang lebih utama adalah berkenaan pendidikan berakhlak ummah.

“Mungkin disebabkan itulah kekuatan. Bukan untuk membela diri saya tapi saya perlu menulis bukan sebab nak membersih dan menyucikan diri atas sebab tuntuan agama,” katanya.

Terdahulu, tular video pertemuan Asma’ Harun saling bermaafan bersama Ifa Raziah berikutan teguran isu tidak memakai tudung sekaligus menyelesaikan salah faham antara mereka.



Penjarakan pemimpin Umno, apa respon Ismail Sabri?

Ustazah Asma’ Harun dituduh ‘penunggang agama’


DISYORKAN UNTUK ANDA :


LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :


Penjarakan pemimpin Umno, apa respon Ismail Sabri?



 



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button