Dunia sedang dalam bahaya dan lumpuh
Dunia sedang dalam bahaya dan lumpuh
NEW YORK: Negara serata dunia kini ‘tersekat dalam kebuntuan menghadapi gangguan fungsi global yang sangat besar’, dan tidak bersedia mahupun sanggup menangani cabaran utama yang mengancam masa depan kemanusiaan serta planet ini.
Perkara itu ditekankan Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Antonio Guterres, dalam ucapan merasmikan Perhimpunan Agung badan antarabangsa berkenaan yang dihadiri pemimpin dunia, semalam.
Beliau antara lain menyentuh kemelut peperangan di Ukraine, peningkatan konflik serata dunia, kecemasan iklim, keadaan kewangan teruk di negara membangun, serta terjejasnya kemajuan dalam matlamat PBB untuk menamatkan kemiskinan tegar dan menyediakan pendidikan berkualiti kepada semua kanak-kanak.
“Dunia kita sedang dalam bahaya serta lumpuh,” katanya.
Namun, Guterres menjelaskan, masih ada harapan dengan kerjasama dan dialog adalah satu-satunya jalan untuk ke hadapan.
Justeru, beliau memberi amaran bahawa ‘tiada kuasa atau kumpulan yang dapat melakukannya sendirian.’
“Marilah kita sama-sama berganding bahu, sebagai satu gabungan dunia, sebagai bangsa yang bersatu,” katanya. – AP
Serangan Muhyiddin Kepada Ismail Sabri Menunjukkan Muhyiddin Sudah Koyak Teruk
Dunia sedang dalam bahaya dan lumpuh
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Rafizi Hasut Rakyat Untuk Derhaka Kepada Agong?
- GTA Terpaksa ‘Go Solo’, Parti Komponen Sudah Mula Berterabur
- Fitnah Terbaru Ke Atas DS Najib Dari Netizen Yang Menggunakan Nama Condor Hero
- Mengapa ramai takut dengan Najib Razak?
- Pagoh akan kembali kepada BN
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Serangan Muhyiddin Kepada Ismail Sabri Menunjukkan Muhyiddin Sudah Koyak Teruk