Kusut layan teman lelaki hidap bipolar, tak tahan terlalu clingy!
Wanita buntu mahu kahwin atau putus... “Sayang, tapi penat sangat”
Kusut layan teman lelaki hidap bipolar, tak tahan terlalu clingy!
Malah banyak perkara penting mengenai pasangan mereka yang perlu diambil kira sebelum bersetuju untuk berkahwin seperti latar belakang, status kewangan, status kesihatan dan lain-lain.
“Partner saya ni memang baik dan penyayang, saya tak pernah jumpa lelaki yang sayang saya macam mana dia sayang saya. Tapi problem sekarang ni, dia dah hampir lima tahun didiagnos with bipolar disorder type 2.
“Memang kena take medication dan pergi terapi. Cuma masalahnya, walau macam mana penyayang pun dia, apabila bipolar sama ada manic atau depressive episode dia datang, memang serabut dan tertekan.
“Belum cakap lagi tentang attempted suicide or self-harm apabila bergaduh besar atau minta break. Kadang tu ayat dia memang sangat menyakitkan hati,” luah wanita berkenaan.
Apa yang membuatkan dirinya begitu tertekan, wanita yang enggan dikenali ini berkata, dia seolah-olah satu-satunya individu yang dipertanggungjawabkan untuk menjaga lelaki tersebut.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Mengapa Pengundi Atas Pagar Terutamanya Bangsa Cina Masih Menolak BN
- Perbalahan Antara Ismail Sabri Dan Muhyiddin Sudah Di Anggap Seperti Cerita Gembala Dan Orang Kampung
- Serangan Muhyiddin Kepada Ismail Sabri Menunjukkan Muhyiddin Sudah Koyak Teruk
“Keluarga dan kawan-kawannya memang tak berguna. Sesiapa yang bersama dengan pasangan yang hidap bipolar akan faham maksud saya. Mood swing dia memang lain macam.
“Lagi pula dia ni sangat bergantung kepada saya, kalau bergaduh dia tak nak makan, tak nak tidur. Setiap hari kena bercakap di telefon walau penat macam mana pun saya.
“Kalau tertidur nanti dia mula marah-marah dan merajuk kemudian alasannya nak perhatian saya pujuk dia. Nak kata tak pernah tegur pasal isu ni, dah berkali tegur dan minta dia faham tapi macam saya cakap, dia terlalu bergantung kepada saya,” kongsinya lagi.
Mendedahkan lebih lanjut, wanita ini berkata dia bukan mahu ‘mencari masalah’ namun sudah terlambat baginya untuk berundur kerana hanya mengetahui mengenai penyakit pasangannya itu selepas mereka menjalin hubungan istimewa.
Tambah wanita ini, dia juga bimbang untuk ‘berundur’ kerana tidak mahu pasangannya merana dan seterusnya mengambil tindakan yang boleh membahayakan nyawa.
“Saya pernah baca beberapa kes yang partner dia cuba bunuh diri sebab pasangannya tak dapat terima penyakitnya. Saya tak mahu rasa bersalah seperti itu, disebabkan putus, ada orang nak bunuh diri pula.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Rafizi Hasut Rakyat Untuk Derhaka Kepada Agong?
- GTA Terpaksa ‘Go Solo’, Parti Komponen Sudah Mula Berterabur
- Fitnah Terbaru Ke Atas DS Najib Dari Netizen Yang Menggunakan Nama Condor Hero
Saya rasa dalam situasi ini anda mesti memikirkan tentang diri sendiri dahulu sebelum orang lain.
NETIZEN
“Keluarga dia memang dah kenal saya, keluarga saya pun dah kenal dia. Tapi saya sendiri ragu bolehkan saya hadap penyakit dia sepanjang hayat saya?
“Saya tak tahu sama ada saya patut stay atau tak, sebab kalau sayang, memang saya sayang dia. Tapi untuk menjadi satu-satunya penjaga dia, saya rasa penat sangat.
“Berurusan dengan manusia biasa pun dah memenatkan. Saya tak tahulah saya kuat ke tidak untuk hadap hari-hari sepanjang hidup. Risau mental saya pula tak stabil,” luahnya.
Luahan wanita tersebut dikirimkan menerusi peti mesej yang kemudian dikongsikan di Twitter @twtwedding.
Menjengah ke ruangan komen pula, rata-ratanya memberikan cadangan malah meminta wanita tersebut berfikir panjang sebelum mengambil keputusan.
Antara komen yang disyorkan oleh netizen.”Cadangan saya bawa dia dan kamu jumpa doktor, biar doktor psikiatri bantu partner kamu. Saya pun pesakit bipolar, setiap bulan jumpa doktor. Doktor pun suggest bawa sekali untuk beri dia faham.
“Saya yang ada bipolar pun tak pasti nak cakap apa. Dan Saya cadangkan anda berdua pergi couple counseling. Saya pernah pergi couple counseling dan hubungan kami lebih baik.
“Saya rasa dalam situasi ini anda mesti memikirkan tentang diri sendiri dahulu sebelum orang lain,” demikian antara komen netizen.
Kusut layan teman lelaki hidap bipolar, tak tahan terlalu clingy!
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- PN Di Jangka Akan Menarik Sokongan
- ‘Jasa’ PH Kepada Penjawat Awam Sewaktu Mereka Berkuasa
- METMalaysia Sarankan PRU 15 Selewat Lewatnya Pertengahan November 2022