Ibu bapa keluar bekerja, dua beradik rentung dalam rumah
Ibu bapa keluar bekerja, dua beradik rentung dalam rumah

PATI: Dua kanak-kanak yang masing-masing berusia tiga dan setahun ditemukan rentung selepas terkunci dalam bilik di rumah mereka yang terbakar di Pati, Jawa Tengah kelmarin.
Kedua-dua kanak-kanak itu merupakan adik-beradik dan kebakaran tersebut disedari jiran tetangga selepas mereka ternampak kepulan asap keluar dari bilik di rumah berkenaan.
Jurucakap polis, Pujiati memaklumkan, penduduk setempat hanya mengetahui dua beradik itu terperangkap dalam bilik tersebut selepas kebakaran dipadamkan.
“Punca kebakaran dikaitkan dengan ubat nyamuk yang dipasang dalam bilik tersebut.
“Ketika kejadian, ibu bapa dua beradik itu tiada di rumah kerana keluar bekerja,” katanya.
Ketika ditemukan, satu daripada mayat dua beradik itu berada berhampiran pintu bilik, dipercayai cuba membuka pintu, namun tidak berhasil akibat dikunci.
Sementara itu, jenazah dua beradik itu sudah dikebumikan oleh keluarga mereka.
Ibu bapa keluar bekerja, dua beradik rentung dalam rumah
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Semua berkenaan kes Najib di londehkan , kenapa siasatan terhadap Tommy Thomas tidak boleh didedahkan?
- Serangan Terbuka Muhyiddin Kepada Ismail Sabri Memberikan Isyarat Parlimen Akan Segera Di Bubarkan
- Memang Benar Anwar Tidur Atas Simen, Dia Tidak Menipu Cuma Tidak Berkata Benar
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Pembebasan Zahid Adalah Atas Arahan Pihak Tertentu?
Related

Rumah terbakar, dua beradik nyaris rentung
Rumah terbakar, dua beradik nyaris rentung KUALA SELANGOR: Dua beradik nyaris rentung selepas rumah mereka di Residensi Warnasari, Bandar Puncak Alam, di sini, terbakar malam tadi. Mangsa berusia tujuh dan lapan tahun berjaya dikeluarkan pengawal keselamatan dan jiran. Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Datuk Norazam Khamis, berkata…
In "TRAJEDI, BENCANA, KEMALANGAN"

Rumah terbakar, budak 12 tahun rentung dalam bilik tidur
Rumah terbakar, budak 12 tahun rentung dalam bilik tidur BALING: Seorang kanak-kanak perempuan ditemui meninggal dunia selepas rumahnya di Kampung Besah, Kuala Ketil di sini musnah dalam kebakaran, hari ini. Mangsa, Nor Batrisha Razali, 12, ditemui di dalam bilik tidur oleh pasukan bomba di tingkat bawah rumah berkenaan. Penolong Pengarah…
In "TRAJEDI, BENCANA, KEMALANGAN"

Kanak-kanak 6 tahun rentung rumah terbakar
KINABATANGAN: Seorang kanak-kanak lelaki rentung, manakala lima lagi melecur dalam kebakaran sebuah rumah di Kampung Perpaduan, dekat sini, jam 12.35 tengah malam tadi. Mangsa rentung dikenali sebagai Mohd Adlinsyah Mohd Adsni, 6. Lima mangsa yang melecur lima hingga 70 peratus membabitkan ibu bapa dan adik-beradik mangsa berusia antara tiga hingga…
In "Berita Utama"