Perkongsian Mizz Nina di media sosial buka hati dalami Islam

Avaa Vanja kini tampil berhijab

Perkongsian Mizz Nina di media sosial buka hati dalami Islam
Avaa mahu terus mengikuti program dakwah Nina.

SEPULUH tahun tidak bersua muka, namun perkongsian Mizz Nina tentang ilmu agama di media sosial menjadi pendorong buat pelakon Avaa Vanja untuk berhijrah serta mendalami ajaran Islam dengan lebih baik.

Avaa, 42, yang kini tampil berhijab memberitahu dia sering membaca perkongsian sahabat lamanya itu di Instagram dan disebabkan itu juga ia telah mengerakkan hatinya untuk menyertai salah satu program keagamaan yang turut menampilkan Nina sebagai salah seorang panel.

“Nina adalah sahabat lama saya, tetapi kami sudah lama tidak berhubung… rasanya sudah lebih 10 tahun kami tidak berjumpa. Perkongsiannya tentang agama selama ini membuatkan saya sentiasa rasa dekat dengannya.



Avaa turut mengikuti pengajian agama untuk dalami Islam.
Avaa bersama anaknya Maleena kini mula berhijab.

“Saya dapat tahu Nina terlibat dalam salah satu program dan terus beli tiket untuk menyertainya. Saya berdoa untuk bertemu dengan Nina jika ini adalah satu permulaan baru dalam hidup saya.

“Perkongsian Nina selama ini adalah salah satu sebab untuk saya berubah. Pertemuan kami semalam (Ahad) sangat bermakna walaupun hanya sempat berbual cuma seketika,” katanya kepada mStar.

Dalam pada itu, Avaa berkata, serangan kebimbangan melampau (anxiety) yang dihadapinya turut membuka hatinya untuk mencari makna sebenar dalam kehidupan.


DISYORKAN UNTUK ANDA :


Akuinya, sebelum ini dia terlalu sibuk mengejar hal duniawi sehingga membuatkan dia tidak pernah berasa puas dengan apa yang dimiliki.



“Beberapa bulan lalu saya terlibat dalam sebuah penggambaran drama dan ketika itu saya rasakan dikelilingi persekitaran yang toksik! Situasi itu membuatkan saya diserang anxiety sehingga tidak boleh keluar rumah.

Saya berdoa untuk bertemu dengan Nina jika ini adalah satu permulaan baru dalam hidup saya – AVAA VANJA PELAKON

 

“Banyak perkara yang saya fikirkan dan Alhamdulillah sekarang saya sudah dapat jawapan. Semoga jalan ini berkekalan. Hari ini apabila bangun pagi, saya rasa puas dengan kehidupan baru ini,” jelasnya.

Mahu terus mendalami ilmu agama, Avaa juga memaklumkan sudah mendaftar untuk mengikuti pengajian agama di sebuah cawangan universiti di Kuala Lumpur.



Perkongsian Mizz Nina di media sosial buka hati dalami Islam
Avaa turut mengikuti pengajian agama untuk dalami Islam.

 

Bagaimanapun kata pelakon ini, perubahannya itu bukan bermaksud dia akan meninggalkan dunia seni tetapi sebaliknya berharap dapat berkongsi ilmu penghijrahan bagi memberi manfaat kepada orang lain di masa hadapan.

“Kalau mahu mendekati usaha dakwah, saya perlu cukupkan ilmu di dada. Jadi saya mendaftarkan diri bagi mengikuti pengajian Islam di sebuah universiti.

“Saya tetap akan berlakon dan mahu kongsi ilmu yang bermanfaat kepada ramai orang selepas ini,” katanya.



Pembebasan Zahid Adalah Atas Arahan Pihak Tertentu?

Perkongsian Mizz Nina di media sosial buka hati dalami Islam


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Pembebasan Zahid Adalah Atas Arahan Pihak Tertentu?




 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button