Kanada, Filipina dan Jepun ‘disapu’ taufan kuat
Kanada, Filipina dan Jepun ‘disapu’ taufan kuat
TORONTO: Lebih 500,000 kediaman terputus bekalan elektrik di seluruh Kanada ketika Ribut Fiona melanda negara ini kelmarin.
Media tempatan melaporkan, dua wanita dihanyutkan ke lautan di Newfoundland dengan seorang dapat diselamatkan, manakala seorang lagi masih hilang.
Datuk Bandar Newfoundland, Brian Button memberitahu kepada CBC News, kerosakan dan kemusnahan yang berlaku di kawasan sekitar ‘amat mengerikan’ dan ‘amat tidak dijangka’.
“Ribut ini merupakan yang terkuat pernah melanda kawasan ini sehinggakan sejumlah kediaman musnah, malah ada yang dihanyutkan ke laut,” katanya.
Jurucakap pasukan kecemasan, Erica Fleck berkata, banyak tiang elektrik tumbang menyebabkan keadaan tidak selamat kepada pengguna jalan raya.
Biarpun Fiona mula reda dan bergerak ke arah lain, ribut yang membawa angin kencang sekuat 130 kilometer sejam itu masih dianggap sebagai ancaman utama kepada Kanada ketika ini dalam tempoh 24 jam.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- DAP Perak tambat hati pengundi Melayu Parit
- “Dedahkan 19 perkara penting” – Ahmad Maslan
- Apa Alasan Jabatan Peguam Negara Syorkan Lapuran Tommy Thomas Tidak Di Dedahkan
Terdahulu, ribut tersebut membadai kepulauan Carribean.
Dalam pada itu, Filipina juga dibadai taufan kuat iaitu Taufan Noru yang membawa angin kencang sekuat 185 kilometer sejam dan hujan lebat.
Penduduk di sekitar kepulauan Luzon diarahkan berpindah sebagai langkah keselamatan selepas taufan yang dikategorikan terkuat itu dijangka semakin ‘mengganas’ apabila melanda Manila pada tengah hari semalam.
“Kami meminta penduduk di zon bahaya berpindah ke kawasalan yang lebih selamat sebagai perlindungan apabila taufan melanda,” kata Ketua Polis Filipina, Rodolfo Azurin.
Filipina merupakan laluan utama pelbagai jenis ribut dan taufan. Bencana alam itu dilaporkan semakin teruk sejak beberapa tahun lalu berikutan perubahan iklim dunia.
Noru tiba sembilan bulan selepas satu lagi taufan membadai negara ini, menyaksikan lebih 400 terbunuh dan ratusan kehilangan tempat tinggal.
Sementara itu di Jepun, sekurang-kurangnya dua orang maut dan ratusan ribu penduduk terputus bekalan elektrik apabila Taufan Talas melanda negara itu.
Bandar Shizuoka di barat daya Jepun menjadi kawasan paling teruk terjejas, menyaksikan hujan lebat dan angin kencang melanda kawasan sekitar.
Seorang lelaki terbunuh dalam insiden tanah runtuh, manakala seorang lagi mangsa ditemukan maut selepas keretanya terjunam dalam kolam takungan.
Kanada, Filipina dan Jepun ‘disapu’ taufan kuat
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Semua berkenaan kes Najib di londehkan , kenapa siasatan terhadap Tommy Thomas tidak boleh didedahkan?
- Serangan Terbuka Muhyiddin Kepada Ismail Sabri Memberikan Isyarat Parlimen Akan Segera Di Bubarkan
- Memang Benar Anwar Tidur Atas Simen, Dia Tidak Menipu Cuma Tidak Berkata Benar
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Pembebasan Zahid Adalah Atas Arahan Pihak Tertentu?