Rakyat Jerman saman kerajaan kerana udara makin kotor

Rakyat Jerman saman kerajaan kerana udara makin kotor

Rakyat Jerman saman kerajaan kerana udara makin kotor

BERLIN: Sekumpulan penduduk di Jerman bertindak memfailkan saman terhadap pihak kerajaan berhubung tahap pencemaran udara yang terlalu ‘bahaya’.

Kumpulan penduduk itu mendakwa hak mereka untuk bernafas dengan bersih dan sihat dicabuli kerana kerajaan gagal melindungi kesihatan rakyat.



Seperti kebanyakan negara lain, tahap pencemaran udara di Jerman kerap melebihi paras yang ditetapkan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia.

Di peringkat global, pencemaran udara dikaitkan dengan tujuh juta kematian pramatang setiap tahun.

Untuk rekod, ini adalah kali pertama individu di Jerman mengambil tindakan perundangan.

Kumpulan itu diwakili oleh tujuh plaintif termasuk ibu bapa yang memberitahu kesihatan mereka sangat berisiko dan ahli politik gagal melindungi mereka.



Beberapa plaintif juga dilaporkan menghidap asma.

Plaintif berasal dari Berlin, Munich, Frankfurt dan Dusseldorf.

Saman itu bermula selepas seorang peguam terkenal di Kesatuan Eropah pernah memberitahu rakyat boleh mengambil tindakan perundangan dan berhak mendapat pampasan.-BBC

Pembebasan Zahid Adalah Atas Arahan Pihak Tertentu?



Rakyat Jerman saman kerajaan kerana udara makin kotor


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Pembebasan Zahid Adalah Atas Arahan Pihak Tertentu?




 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button