Norreen Kena ‘Scam’ Semasa Di Hatyai.

Apa Dah jadi?



Pelakon wanita, Norreen Iman Abdullah atau lebih dikenali sebagai Noreen memuatnaik satu video di laman sosial Tiktok. Video tersebut mengenai dia telah ditipu dengan seorang lelaki semasa bercuti di Hatyai.

VIA Tiktok norreen143_

“Dari petang sampai malam cakap elok-elok wheres the money and now baru kita naik angin betul”- tulisnya

Norreen telah cuba untuk selesaikan masalah duit itu secara baik dari petang sampai ke malam. Namun kesabaranya hilang setelah lelaki itu masih lagi menafikan dan memutar belitkan cerita yang sebenar.

Aku bawa anak-anak aku tau. Kau jangan main-main dengan aku tau, aku bawa mak aku tau. sebab aku dah nmpak macam gaya macam kitorang yang kena bayar duit bas ni. 5 ribu, kau buat apa dengan duit itu?- Norreen

Norreen mengamuk selepas lelaki tersebut masih lagi cuba berdalih tentang perkara yang sebenar. Sekiranya Norreen tidak berjaya mendapatkan wang yang sepatutnya digunakan untuk bayaran pengangkutan pulang ke Malaysia, dia terpaksa menggunakan duitnya sendiri sebanyak RM5,000 walaupun dia sudah membayar penuh pakej percutian tersebut.

Akhirnya Kantoi!

Norreen Kena ‘Scam’ Semasa Di Hatyai.
VIA Tiktok norreen_143

“Busted because he keep saying all the money will be transferred from “dato” tang memang tak ada kena mengena dengan dia dah pusing macam-macam , akhirnya dia kata mak dia bayarkan. katanya lah.”- katanya

Setelah berkali-kali tanya tentang duit itu, akhirnya kantoi menipu kerana dia asyik cakap semua duit itu akan dipindahkan oleh dato yang langsung tiada kaitan denganya dan pada akhirnya dia mengatakan bahawa emaknya yang akan bayarkan semua. Itu semua berdasarkan apa yang dikatakan oleh lelaki tersebut kepada Norreen.



Tetap Buat Report Polis

@norreen143_

♬ original sound – Norreen143 – NORR33N

“even dia dah settlekan bayaran pada hari terakhir, daripada kita yang bayar, mak dia yang bayarkan dia seperti apa yang dia sebut. Saya akan sambung buat cover report sebab details kami dekat dia. dia telah menggunakan nama orang termasuk saya untuk meyakinkan orang lain atas apa yang dia lakukan”- Norreen

Noreen akan tetap teruskan laporan polis walaupun dia telah melunaskan semua bayaran pada hari terakhir mereka kerana semua maklumatnya masih ada dengan lelaki tersebut dan juga untuk keselamatan semua.

Sekadar info, Norreen Iman memulakan kerjaya awalnya sebagai pengurus akaun dan ejen insurans, seterusnya menjadi peniaga nasi lemak. Beliau kemudian menempa nama sebagai personaliti media sosial. Kerjaya lakonannya bermula menerusi siri drama Pelindung Seorang Puteri (2020) yang dibintangi oleh pelakon senior, Farid Kamil dan Lisa Surihani.

Pembebasan Zahid Adalah Atas Arahan Pihak Tertentu?

Norreen Kena ‘Scam’ Semasa Di Hatyai.

DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :



Pembebasan Zahid Adalah Atas Arahan Pihak Tertentu?

 



Related Articles

Leave a Reply

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker