Geng Ameer tumpas

KUALA LUMPUR: Polis menahan empat lelaki yang disyaki aktif melakukan jenayah curi motosikal sejak tahun 2017 dalam enam serbuan berasingan, pada 20 September lalu.
Keempat-empat mereka yang menjadi ahli Geng Ameer, bersama dua lagi pembeli motosikal curi ditahan dalam serbuan di sekitar Lembah Klang oleh Bahagian Siasatan Jenayah, Polis Daerah Sentul.
Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Beh Eng Lai, berkata semua suspek berusia antara 26 hingga 35 tahun ditahan hasil maklumat dan risikan selepas menerima laporan mengenai kejadian curi motosikal dalam daerah Sentul.
“Susulan serbuan, kami berjaya menahan Ameer, berusia 26 tahun yang mengetuai sindiket curi motosikal ini dan merampas enam motosikal.
“Turut dirampas, empat rangka motosikal pelbagai jenama seperti Honda, Suzuki dan Yamaha,” katanya pada sidang media di sini, pagi tadi.
Eng Lai berkata, kesemua motosikal yang ditemui dilaporkan hilang di sekitar kawasan daerah Sentul dan Gombak, Selangor dan rampasan dianggarkan bernilai RM60,000.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- DAP Perak tambat hati pengundi Melayu Parit
- “Dedahkan 19 perkara penting” – Ahmad Maslan
- Apa Alasan Jabatan Peguam Negara Syorkan Lapuran Tommy Thomas Tidak Di Dedahkan
“Modus operandi Geng Ameer ini adalah menyasarkan motosikal Yamaha dan Honda. Selepas motosikal yang disasar untuk dicuri dikenal pasti, seorang suspek yang juga mekanik motosikal akan bertindak menendang pemegang motosikal dan mematahkan kunci pendua yang dipasang pada tayar.
“Suspek kemudian akan menunda motosikal ke sebuah stor di rumah mereka dengan bantuan seorang lagi rakan dan selepas diubah suai, motosikal berkenaan akan dijual kepada individu berminat dengan harga antara RM2,000 hingga RM5,000,” katanya.
Katanya, komponen motosikal juga akan dijual kepada pembeli yang berminat dengan harga serendah RM50 hingga RM4,000.
Kesemua tangkapan direman di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sentul bermula 21 September lalu hingga hari ini sebelum diserahkan kepada IPD Gombak untuk siasatan kes di daerah berkenaan.
Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung sindiket kecurian motosikal diminta menghubungi IPD Sentul di talian 03-40482222 bagi membantu siasatan.
Geng Ameer tumpas
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Semua berkenaan kes Najib di londehkan , kenapa siasatan terhadap Tommy Thomas tidak boleh didedahkan?
- Serangan Terbuka Muhyiddin Kepada Ismail Sabri Memberikan Isyarat Parlimen Akan Segera Di Bubarkan
- Memang Benar Anwar Tidur Atas Simen, Dia Tidak Menipu Cuma Tidak Berkata Benar
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :