Kari Kepala Ikan

Kari Kepala Ikan
Kari Kepala Ikan

Kari Kepala Ikan yang pekat berempah, pedas, masam, semua cukup rasa. Ada banyak cara masak kari kepala ikan ni, ada kari cara mamak, cara nyonya, cara masakan Cina, cara melayu..yang ni cara biasa Che Nom masak kat rumah aja. Kuah kari kepala ikan mestilah pekat, baru terangkat bila makan. Ikan pun mestilah fresh, baru sedap.

Bahan-bahan:

 

  • Bahan-bahan untuk kari kepala ikan:
    • 1/2 cawan minyak masak
    • 3/4 sudu kecil halba campur
    • 3-4 biji bawang merah kecil
    • 2 biji cili hijau
    • 3 ulas bawang putih
    • 1 inci halia
    • 1-2 tangkai daun kari
    • 1 biji tomato
    • 3 sudu besar rempah kari ikan
    • 1 sudu besar serbuk cili
    • sedikit air (untuk bancuh rempah)
    • anggaran 1/4 cawan air pati asam jawa
    • 300g-400g /1 kepala ikan
    • 1/2 cawan santan fresh atau 1/3 santan kotak kecil
    • garam secukup rasa
    • 10 batang sayur bendi
    • daun ketumbar (optional)

 

Cara Penyediaan:

 



  1. Cara-cara untuk kari kepala ikan:
    1. Hiris nipis bawang merah kecil dan hiris kasar bawang putih beserta halia.
    2. Tumbuk atau kisar bahan hiris kasar sehingga halus.
    3. Belah cili hijau dalam dua bahagian lalu potong memanjang dan hiris kasar sebiji tomato.
    4. Panaskan minyak lalu masukkan halba campur. Tumis bawang merah kecil hingga kekuningan.
    5. Selepas itu, masukkan cili hijau, bahan tumbuk, daun kari dan tomato. Kacau kesemua bahan sehingga naik bau dan tomato menjadi layu.
    6. Bancuh pekat rempah dan serbuk cili bersama sedikit air.
    7. Tuangkan sekali bancuhan rempah bersama bahan tumis dan tambah sedikit air menggunakan bekas bancuhan rempah. Masak sehingga kari pecah minyak.
    8. Masukkan air asam jawa dan tambah air dua-tiga kali sehingga rempah betul-betul masak. Jika tidak, rasa kari akan menjadi tidak sedap.
    9. Kemudian, masukkan kepala ikan dan renehkan sehingga ia masak.
    10. 1Masukkan sedikit santan dan tambah sedikit air.
    11. 1Taburkan garam secukup rasa.
    12. 1Masukkan bendi dan batang ketumbar (pilihan). Teruskan memasak kari sehingga bendi agak layu.
    13. 1Kari kepala ikan siap untuk dihidang dan dihias bersama daun ketumbar (pilihan).

 

Tip:

 

  • Kari kepala ikan jika dimasak awal dan lagi lama dipanaskan, kuahnya akan menjadi lebih sedap.

Pajeri Terung Sedap Kuah Pekat Berempah



Kari Kepala Ikan

DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Pembebasan Zahid Adalah Atas Arahan Pihak Tertentu?



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button