Seorang penduduk dunia maut akibat kebuluran setiap empat saat

Seorang penduduk dunia maut akibat kebuluran setiap empat saat

Seorang penduduk dunia maut akibat kebuluran setiap empat saat
KRISIS kebuluran sudah menjadi masalah ‘kekal’ di Somalia. – AFP

GENEVA: Seorang penduduk dunia dianggarkan meninggal dunia dalam tempoh setiap empat saat, menurut lebih 200 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) kelmarin, sekali gus menggesa komuniti antarabangsa mengambil langkah segera bagi menamatkan krisis kebuluran global.

Menerusi surat terbuka kepada semua pemimpin dunia yang menyertai Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGA), sebanyak 238 organisasi dari 75 negara, termasuk pertubuhan Oxfam, Save the Children dan Plan International menzahirkan kebimbangan berhubung tahap kebuluran global ketika ini.

“Setakat ini, kira-kira 345 juta orang di seluruh dunia berdepan kebuluran teruk, menyaksikan jumlah itu meningkat lebih dua kali ganda sejak 2019.

“Di sebalik jaminan serta janji dari para pemimpin dunia yang kononnya tidak akan membenarkan lagi kebuluran berterusan dalam abad 21, masalah itu sudah ‘kekal’ di Somalia.



“Di seluruh dunia, 50 juta penduduk berada di ambang kebuluran di 45 negara,” menurut surat tersebut.

Menjangkakan 19,700 orang berdepan kematian akibat kebuluran setiap hari, kesemua NGO tersebut menyamakan keadaan itu sama dengan seorang penduduk akan mati setiap empat saat.

Jelas Mohanna, semua pihak tidak sepatutnya mengambil pendekatan ‘tunggu dan lihat’ untuk meredakan masalah yang berlaku kerana, terdapat nyawa yang bergelut untuk meneruskan kehidupan setiap hari.

Menurut semua NGO berkenaan, krisis kebuluran global disebabkan oleh kemiskinan, ketidakadilan sosial, ketidaksamarataan jantina, konflik, perubahan iklim dan kejutan ekonomi. – AFP

Rakyat Malaysia dikurung kebuluran dan didera



Seorang penduduk dunia maut akibat kebuluran setiap empat saat


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Pembebasan Zahid Adalah Atas Arahan Pihak Tertentu?

 



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button