Saya jumpa anda di alam lain – Sakinah

Saya jumpa anda di alam lain – Sakinah

Saya jumpa anda di alam lain - Sakinah
Sharifah Sakinah, 34, (kiri) menerusi hantaran di Instagram yang menjelaskan dia kini tidak lagi mempunyai apa-apa-apa hubungan dengan pelakon drama Cina Buta (Nad Zainal, kanan) itu.

Kuala Lumpur: Pelakon Nad Zainal terus menjadi perhatian susulan kemelut persahabatannya dengan beberapa rakan artis yang sebelum ini erat dan banyak membantunya ketika sakit, namun dilupakan selepas dia kembali sihat.

Selain Nabila Huda, pelakon Sharifah Sakinah, 34, tampil berkongsi luahan di Instagram yang menjelaskan dia kini tidak lagi mempunyai apa-apa hubungan dengan pelakon drama Cina Buta itu.

Menariknya, dalam hantaran itu, Sakinah berkongsi semula doa yang pernah ditujukan kepada Nad ketika koma serta harapan positif untuk menunggu sahabatnya itu sedar semula kerana disifatkan seorang istimewa.



“Mari kita ketuk pintu yang sama, membawa amin paling serius seluruh dunia. Kepada kesayangan saya, Nanad (panggilan Nad Zainal), awak kuat, awak istimewa dan penyayang.

“Kami semua di sini mendoakan untuk awak dengan penuh harapan dan menunggu. Awak dalam perjuangan ketika kami semua teruskan berdoa,” tulis Sakinah.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Kebocoran maklumat IPIC, Najib akan terus di’zalimi’?



 

“Dah boleh delete (padam) hantaran ini. Saya jumpa awak di alam lain. Di situ tiada radar. Berkata-katalah dari dalam hati, letakkan kaki anda di bumi.

“Fikiran narsistik, kata-kata palsu dan penafian akan menjadi takdir anda,” tulisnya sinis yang membawa maksud mendalam sebagai satu peringatan.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga maya berkongsi perasaan sedih apabila sahabat yang dibantu dengan doa ketika ditimpa ujian kesihatan, akhirnya dilupakan begitu saja.



“Sedih dengan ‘statement’ (kenyataan) dia, tak sangka dia akan cakap macam itu, tapi dunia ini berputar, doakan terbaik buat dia dan bayi,” tulis netizen.

“Masa koma tu, roh dia tertukar kot,” tulis seorang lagi warganet berserta emoji ketawa.

“Aku sedih! Kak Kinah” tulis netizen yang ikut simpati dengan luahan Sakinah.

“Patut ada orang jumpa depan-depan nampak dia ‘kekwat’ (berlagak). Betul la apa orang cakap,” komen netizen lagi.



Isu ‘tarik muka’ antara Nad serta beberapa rakan artis menjadi bualan ramai selepas pelakon residen Radius One Production itu pulih daripada koma dan sebelum berkahwin kali kedua dengan pelakon Ungku Ismail pada Januari lalu.

Difahamkan Nad yang kini sarat hamil anak ketiga juga dikatakan lebih memilih membuat perkongsian video dan sebarang penjelasan isu di TikTok yang turut disertai suami tersayang.

Saya jumpa anda di alam lain – Sakinah


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :



Azmin Mula Menyerang Muhyiddin, Adakah PAS Di Belakangnya?

 



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button