Rayuan Indira Gandhi mulakan prosiding hina mahkamah terhadap KPN didengar 5 April

Rayuan Indira Gandhi mulakan prosiding hina mahkamah terhadap KPN didengar 5 April

Rayuan Indira Gandhi mulakan prosiding hina mahkamah terhadap KPN didengar 5 April
Foto hiasan

PUTRAJAYA: Rayuan guru tadika M.Indira Gandhi berhubung keputusan Mahkamah Tinggi yang menolak permohonan kebenaran bagi memulakan prosiding menghina mahkamah terhadap Ketua Polis Negara atas dakwaan gagal mendapatkan semula anak perempuannya, Prasana Diksa, akan didengar pada 5 April tahun depan.

Panel tiga hakim Mahkamah Rayuan terdiri daripada Datuk Seri Kamaludin Md Said, Datuk Hashim Hamzah dan Datuk Azmi Ariffin sepatutnya mendengar rayuan itu secara dalam talian hari ini.

Bagaimanapun, Kamaludin berkata panel itu masih tidak berpeluang meneliti hujahan balas bertulis kerana peguam Indira Gandhi tidak memfailkan dokumen tersebut tepat pada masanya.



Beliau berkata, peguam Rajesh Nagarajan sudah memohon pelanjutan masa untuk memfailkan hujahan balas dan oleh itu, mahkamah menjadualkan semula pendengaran rayuan itu ke tarikh lain.

Memandangkan ia adalah kes yang berkepentingan awam, mahkamah mengarahkan agar rayuan ini didengar di mahkamah terbuka,” katanya.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

“Suara Demi Najib” mohon keadilan perbicaraan buat Najib Razak




Terdahulu, Rajesh memaklumkan mahkamah beliau tidak dapat memfailkan hujahan balas itu melalui sistem dalam talian mahkamah dan telah meminta Timbalan Pendaftar Mahkamah Rayuan untuk memberikan pelanjutan masa kepadanya untuk berbuat demikian.

Kamaludin kemudian menghantar rayuan itu untuk pengurusan kes di hadapan Timbalan Pendaftar Mahkamah Rayuan bagi membolehkan tarikh pendengaran baharu ditetapkan.

Rajesh, ketika dihubungi Bernama, berkata Timbalan Pendaftar Mahkamah Rayuan Mariam Hasanah Othman menetapkan 5 April sebagai tarikh baharu pendengaran kes itu.

Pada 3 Mac 2009, bekas suami Indira Gandhi iaitu K Pathmanathan telah memeluk agama Islam dan secara sepihak mengislamkan ketiga-tiga anak mereka. Beliau kemudian memperoleh hak penjagaan ketiga-tiga anak mereka daripada Mahkamah Tinggi Syariah.



Pada 11 Mac 2010, Mahkamah Tinggi Ipoh membenarkan permohonan Indira Gandhi untuk mendapatkan hak penjagaan bagi ketiga-tiga anaknya.

DISYORKAN UNTUK ANDA :

Isu telur tembelang MRSM Kuala Klawang disiasat


Bagaimanapun, selepas perintah itu diperoleh, Prasana Diksa yang ketika itu berusia 11 bulan, telah diambil oleh Pathmanathan.



Indira Gandhi telah memulakan prosiding komital terhadap Pathmanathan, atau nama Islamnya Muhammad Riduan Abdullah, kerana enggan mematuhi perintah hak penjagaan. Mahkamah Tinggi mendapati beliau bersalah kerana menghina mahkamah dan mengeluarkan waran komital.

Indira Ghandi kemudian memperoleh perintah mandamus pada September 2014 untuk memaksa Ketua Polis Negara melaksanakan waran komital terhadap Pathmanathan selepas beliau enggan berbuat demikian atas alasan polis telah diletakkan dalam keadaan serba-salah kerana terdapat percanggahan perintah berkaitan hak penjagaan daripada dua mahkamah.

Pada 30 Mei 2014, Indira Gandhi memperoleh perintah daripada Mahkamah Tinggi yang mengarahkan Ketua Polis Negara atau Pesuruhjaya Polis atau Ketua Polis Daerah untuk mengarah dan memastikan pegawai polis yang berkaitan memfailkan afidavit pada minggu pertama setiap bulan bagi mengemas kini proses mengesan Prasana Diksa.

Wanita itu mendakwa polis telah gagal berbuat demikian dan beliau kemudian memfailkan permohonan bagi mendapatkan kebenaran untuk memulakan prosiding menghina mahkamah.



Pada 4 Ogos tahun lalu, Mahkamah Tinggi Ipoh menolak permohonan Indira Gandhi bagi kebenaran memulakan prosiding itu terhadap Ketua Polis Negara.

Peguam Kanan Persekutuan Mankiranjit Kaur hadir bagi pihak Ketua Polis Negara. – BERNAMA

Rayuan Indira Gandhi mulakan prosiding hina mahkamah terhadap KPN didengar 5 April


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Gerakan jatuhkan Muhyiddin sudah bermula?




DISYORKAN UNTUK ANDA :

Isu telur tembelang MRSM Kuala Klawang disiasat

 


Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading