Dolla mohon maaf, lebih berhati-hati soal pemakaian
Terlalu fokus persembahan sampai terlepas pandang baju seksi…
Dolla mohon maaf, lebih berhati-hati soal pemakaian
“Mewakili Dolla, kami akui kesilapan tersebut. Kami mohon maaf dan akan memperbaiki untuk jadi lebih baik di masa akan datang,” katanya kepada mStar.Dolla ditemui ketika pelancaran lagu duet terbaharu mereka bersama Naim Daniel berjudul Mungkin Ini Adalah Lagu Yang Paling Sedih Pernah Ku Buat.
Dalam masa masa, mereka juga akan lebih berhati-hati dalam soal pemilihan pakaian dalam mana-mana persembahan kelak.
“Setiap penampilan kami akan berbincang dengan penata gaya dan pihak pengurusan. Jadi selepas ini kami akan lebih berhati-hati.
“Apa yang berlaku juga menjadi satu pengajaran buat kami semua. Kami akan cari jalan terbaik untuk memperbaiki segalanya,” jelasnya.
Selain Sabronzo, Dolla juga dianggotai oleh Tabby, Angel dan Syasya.
Apa yang berlaku jadi pengajaran buat kami semua. DOLLA PENYANYI
Dolla sebelum ini menerima kecaman hebat dalam kalangan netizen selepas membuat persembahan di acara Good Vibes Weekender minggu lalu.
Pada persembahan itu, Dolla dikritik kerana didakwa terlalu berani tampil dengan gaya mencolok mata.
Malah imej mereka juga dikatakan lebih seksi berbanding penyanyi Kpop, CL daripada kumpulan 2NE1.
Ini bukanlah kali pertama Dolla dikecam berhubung isu pakaian seksi ini
Sabronzo ‘Zip Mulut’ Dulu Isu Imej Seksi Dolla
Dolla mohon maaf, lebih berhati-hati soal pemakaian
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Kejatuhan Ringgit Hari Ini Adalah Naratif Kesan Berpanjangan Kegagalan Mahathir & PH Sejak 2018
- Perang Rusia Ukraine Semakin Parah, Malaysia Tidak Boleh Di Tadbir Oleh Pemimpin Lemah
- Mahathir Akui Ada Campurtangan Ahli Politik Dalam Badan Kehakiman
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
PH Bantah PRU Sebab Banjir, Tapi Sibuk Berkempen Bukan Buat Persiapan Banjir