Kari Pekat Ikan Merah

Kari Pekat Ikan Merah
Kari Pekat Ikan Merah

Kari Pekat Ikan Merah

Jom kita masak kari ikan cara org dulu yang Che nom belajar dari bonda tersayang. Kali ni Che Nom gunakan Ikan Merah yang segar lagi sebab baru beli kat pasar. Bahan-bahannya taklah banyak sangat, cuma cara dan teknik memasak kari tu yang menentukan sedap atau tak hasilnya nanti.

Bahan-bahan:

  • Bahan-bahan untuk tumbuk kasar:
    • 6 biji bawang merah
    • 4 ulas bawang putih
    • 1 inci halia
  • Bahan-bahan untuk bancuhan rempah:
    • 2 sudu besar (membukit) serbuk kari ikan
    • 1 sudu besar serbuk cili
    • air secukupnya
  • Bahan-bahan untuk lain:
    • 1/2 mangkuk kecil minyak masak
    • 3/4 sudu kecil halba campur
    • 2 tangkai daun kari
    • 2-3 sudu besar air asam jawa
    • 1 ekor ikan merah
    • 1 mangkuk santan cair
    • 3 biji cili merah besar
    • 1 mangkuk santan pekat
    • air, jika perlu
    • garam secukup rasa
    • 12 batang bendi
    • 2 biji tomato

Cara Penyediaan:

  1. Cincang kasar bawang merah, bawang putih dan halia.
  2. Masuk semua dalam lesung batu dan tumbuk kasar.
  3. Sediakan bancuhan rempah, masukan rempah kari ikan, serbuk cili dan air secukupnya.
  4. Potong bendi, cili merah dan tomato belah 4
  5. Panaskan minyak dan tumis bahan tumbuk kasar tadi.
  6. Masukan halba campur dan daun kari.
  7. Kacau sampai bawang kekuningan dan sedikit garing.
  8. Tuang bancuhan rempah kari.
  9. Kacau sekata sehingga pecah minyak.
  10. Tambahkan air.
  11. Bila dah kering, masukan air pati asam jawa.
  12. Masukkan ikan merah.
  13. Masak selama 5 minit.
  14. Kemudian masukan santan cair (santan perahan kedua).
  15. Masukan cili merah dan masak dalam 10 minit.
  16. Kemudian masukan santan pekat.
  17. Jika kari pekat boleh tambah air.
  18. Tambah sedikit air asam jawa.
  19. Tambah garam.
  20. Masukan bendi dan tomato.

Tip:

  • Gunakan kuali yang tebal, jika tidak rempah cepat hangus.
  • Basuh ikan dengan asam jawa supaya hilang bau hanyir.
  • Santan pekat diletakkan lambat sebab takut kari pecah minyak dan kuah berketul- ketul.

Kari Kepala Ikan



Kari Pekat Ikan Merah

 

DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :


Hati Tisu Pemimpin Muda Dalam Parti MUDA



 

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button