Sindiket penipuan dalam talian kaut RM100,00 sebulan [VIDEO]

Sindiket penipuan dalam talian kaut RM100,00 sebulan [VIDEO]

Sindiket penipuan dalam talian kaut RM100,00 sebulan [VIDEO]
Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Soffian Santong (tengah) menunjukkan barang kes sindiket penipuan dalam talian yang dirampas, pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Timur Laut, hari ini. NSTP/Mikail Ong
Polis Pulau Pinang menumpaskan sindiket penipuan dalam talian yang di percayai mampu mengaut keuntungan sehingga RM100,000 setiap bulan, selepas menahan tiga lelaki dalam serbuan di dua kondominium mewah, di sini Selasa lalu.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Soffian Santong, berkata bertindak hasil maklumat dan risikan yang dijalankan, polis menahan seorang lelaki di sebuah kondominium di Jalan Sultan Azlan Shah, di sini pada jam 9 malam dan merampas tiga kad mesin juruwang automatik (ATM) pelbagai bank.

“Siasatan awal mendapati semua kad itu di percayai digunakan bagi kegiatan penipuan dalam talian dan susulan penahanan suspek, polis menyerbu sebuah lagi kondominium di Persiaran Gurney dan menahan dua lagi lelaki di situ. Kesemua mereka warga tempatan berusia 26 tahun.



“Hasil pemeriksaan di kondominium itu, polis merampas 24 telefon bimbit, kad ATM pelbagai bank (35 keping), kad prabayar pelbagai syarikat telekomunikasi (40 keping), komputer riba (dua unit), kad pengenalan disyaki palsu (lima keping), 10 unit ‘secure sign token’ dari dua buah bank dan slip transaksi deposit bank tempatan,” katanya pada sidang media, di sini hari ini.

Soffian berkata, siasatan awal mendapati, sindiket itu diketuai seorang lelaki warga asing yang berpusat di sebuah negara di rantau ini dan dipercayai ahli sindiket terbabit berkomunikasi secara dalam talian menerusi aplikasi Telegram.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Annuar Musa ‘sakit’, ratib Umno, Zahid, Anwar

Soffian berkata, sindiket itu, dipercayai beroperasi sejak enam bulan lalu dengan purata transaksi antara RM50,000 hingga RM100,000 sebulan dan tiga suspek terbabit pula dibayar upah RM2,500 hingga RM6,000 sebulan, termasuk komisen 0.3 peratus bagi setiap transaksi yang dilakukan.

Beliau berkata, tiga lelaki itu, berperanan terbabit dalam kegiatan pengumpulan kad ATM milik pihak ketiga iaitu ‘keldai akaun’ bagi tujuan pemindahan wang hasil daripada kegiatan penipuan dalam talian.



“Sindiket ini dipercayai mempunyai rangkaian yang luas termasuk di luar negara dan setiap kumpulan mereka mempunyai peranan masing-masing, tiga lelaki yang polis tahan ini, hanya menjalankan tugas memindahkan transaksi wang dalam akaun keldai akaun itu ke akaun lain.

“Manakala kumpulan lain pula, berperanan menghubungi mangsa bagi menjalankan penipuan antaranya tawaran kerja, perkhidmatan seks dan pelaburan tidak wujud, sebelum mereka yang terpedaya memasukkan wang ke akaun diberikan iaitu milik keldai akaun, seterusnya tiga lelaki tersebut mengeluarkan duit (dari keldai akaun) dan memindahkan ke akaun sindiket itu,” katanya dan menambah operasi sindiket itu sangat licik.

Soffian berkata, pihak polis juga sedang menjalankan siasatan, berhubung lima keping kad pengenalan palsu itu, sama ada ia digunakan untuk kes penipuan dalam talian atau jenayah lain dan pihaknya turut sedang mengenal pasti pemilik kad ATM bank yang dirampas dalam siri serbuan terbabit.

Beliau berkata, ekoran penahanan tiga lelaki itu, polis berjaya menyelesaikan sekurang-kurangnya 16 kes penipuan dalam talian membabitkan kerugian puluhan ribu ringgit di daerah Timur Laut dan pihaknya juga sedang giat mengesan dalang serta ahli lain sindiket terbabit. – BERNAMA

Sindiket penipuan dalam talian kaut RM100,00 sebulan [VIDEO]


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Agong serlah sisi romatik, Permaisuri terharu

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker