Kemelut Ekonomi Dunia Dijangka Tahun Depan, PRU15 Sebagai Persiapan



KUALA LUMPUR – Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Isham Jalil berpandangan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) perlu diadakan segera sebagai persiapan untuk berhadapan dengan krisis dunia yang dijangka berlaku pada tahun hadapan.

Katanya ini kerana, pelbagai jangkaan berkenaan kemelesetan ekonomi dunia diperkatakan oleh pemimpin global termasuk bank dunia.

“Kita akan berhadapan dua ke tiga krisis pada tahun hadapan antaranya banjir, sekiranya berlaku pada bulan Disember ini sudah ada satu cabaran.

“Kemudian krisis ekonomi banyak pemimpin-pemimpin, bank dunia, hari tu Perdana Menteri Singapura, Presiden Indonesia pun kata ekonomi teruk akan berlaku, kemelesetan dan sebagainya pada tahun hadapan,” katanya.



Beliau berkata demikian pada sesi diskusi bertajuk ‘Malaysia Di Ambang Pilihan Raya’ yang disiarkan secara langsung di Facebook UMNO Online, malam tadi.

Isham berkata sebagai persiapan bagi menghadapi situasi mencabar ini negara perlu ditadbir oleh kepimpinan menteri Kabinet yang berkemampuan menangani krisis ini.

Jelas beliau, PRU merupakan penyelesaian untuk menyusun pentadbiran terbaik bagi memastikan negara dalam keadaan bersedia bagi berhadapan dengan kemelut dunia.

“Ini adalah isu besar jadi untuk berhadapan dengan cabaran ini perlu ada pembuat dasar, orang yang ada dalam kerajaan itu kompetan dan fokus untuk menghadapi krisis, kalau ada menteri-menteri yang tidak fokus macam mana hendak berhadapan dengan kemelut ini?



“Ada sesetengah menteri itu daripada satu parti ini sudahlah tidak kompetan, fokus pun tidak… lagi teruk macam hendak berhadapan dengan krisis? Jadi sebelum berhadapan dengan situasi ini saya kira lebih baik selesaikan isu politik ini dahulu. Kalau tidak menteri-menteri asyik fikir pilihan raya sahaja.

“Sebab itu kita cadang PRU diadakan untuk reset balik, selepas itu Perdana Menteri pun ada lebih kebebasan untuk lantik menteri Kabinet lebih kompetan, tidak terkekang dengan politik kuota ini semua,” ujar beliau.

Isham dalam pada itu turut berkongsi berkenaan jelajah ke seluruh negara yang dihadiri beliau bagi melihat situasi terkini berkenaan pandangan akar umbi dan rakyat mengenai keperluan mengadakan PRU15.

“Saya bulan lepas iaitu September dan Ogos pergi ke seluruh Malaysia termasuk Sabah berpuluh bahagian pergi, ucapan diberi sekejap sahaja tapi banyak melakukan sesi soal jawab daripada itu dapat dilihat yang mereka semua mahu PRU.



“Malah bukan sekadar akar umbi UMNO tetapi rakyat juga mahukannya, saya tengok interview dilakukan Astro Awani termasuk di Kelantan, Terengganu mereka pun kata perlu adakan PRU kerana keadaan ekonomi tidak menentu pelabur luar dan dalam negeri tidak mahu berbelanja kerana mereka mahu menunggu PRU,” katanya.

UMNO Online



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker