Jepun, China adakan dialog pakar pelupusan air loji nuklear Fukushima

Jepun, China adakan dialog pakar pelupusan air loji nuklear Fukushima

Jepun, China adakan dialog pakar pelupusan air loji nuklear Fukushima
LOJI janakuasa nuklear Fukushima Daiichi. FOTO AFP

Tokyo: Jepun dan China mengadakan satu Dialog Pakar pada Sabtu mengenai pelepasan air buangan radioaktif yang dirawat daripada loji tenaga nuklear Fukushima Daiichi yang merupakan kerjasama terkini mereka untuk menangani isu itu.

Perbincangan itu berlangsung di Dalian, China dan delegasi Jepun membentangkan perspektif mereka mengenai tahap keselamatan air yang dilepaskan dan memberikan butiran kemas kini mengenai aktiviti pemantauan radiasi yang masih berterusan, kata Agensi Berita Kyodo yang memetik Kementerian Luar Jepun pada Ahad.

Sebagai respons kepada beberapa siri pelepasan air buangan itu sejak Ogos tahun lepas, China mengekalkan larangan import ke atas semua produk makanan laut dari Jepun.



Program ini merupakan dialog sulung pakar antara China dan Jepun khususnya dalam menangani isu pelepasan air, biarpun ada komunikasi berterusan antara kedua-dua negara di pelbagai peringkat, kata kementerian itu dalam satu kenyataan.

Wakil dari Jepun termasuk pegawai daripada Kementerian Luar, Kementerian Ekonomi, Perdagangan dan Industri, Pihak Berkuasa Kawalan Nuklear dan pengendali loji Fukushima Daiichi Tokyo Electric Power Company Holdings Inc. sementara China diwakili oleh pakar daripada organisasi penyelidikan.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Khairy tidak berani gelar Kluster Mahkamah PN “Biawak Hidup”




Semasa dialog itu, para peserta telah bertukar-tukar pandangan tentang isu teknikal mengenai air yang dirawat.

Pada November lepas, Perdana Menteri Jepun Fumio Kishida dan Presiden China Xi Jinping bersetuju mencari jalan penyelesaian terhadap isu ini menerusi rundingan dan dialog yang membina.

Kishida mengulangi selepas sidang kemuncak itu bahawa perbincangan pakar akan dihadkan kepada prinsip saintifik.

Awal bulan ini, pegawai kanan dari kedua-dua negara mengadakan perbincangan di Guangzhou, selatan China untuk cuba meyelesaikan isu pelepasan air buangan dan lain-lain isu tertangguh, mengulangi komitmen mereka untuk mengekalkan hubungan yang rapat.



Jepun telah empat kali melepaskan air dirawat ke Lautan Pasifik daripada loji Fukushima dengan pelepasan terkini berakhir pada pertengahan Mac.

Jepun, China adakan dialog pakar pelupusan air loji nuklear Fukushima


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Isu stokin – Pendirian PAS berpaksi politik, bukan berpaksi agama



 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button