Menteri PN Serahkan Surat Bantah PRU 15 Tahun Ini Kepada Agong

Menteri PN Serahkan Surat Bantah PRU 15 Tahun Ini Kepada Agong

Tidak pernah berlaku dalam sejarah politik Malaysia. menteri kabinet menghantar surat bantahan untuk mengadakan pilihanraya umum kepada SPB YDP Agong.

Juga tidak pernah berlaku dalam sejarah politik Malaysia, ahli kabinet menentang keputusan yang dibuat oleh Perdana Menteri yang menjadi ketua mereka.



Tetapi itulah yang telah berlaku dan disahkan sendiri oleh Timbalan Presiden PAS, Tuan Ibrahim yang juga salah seorang menteri kabinet dalam kerajaan Malaysia.

Alasan kliche yang digunakan ialah PRU 15 tidak sesuai diadakan di dalam musim banjir dan ianya akan membahayakan nyawa rakyat.

Tetapi, adakah menteri PN yang menghantar surat bantahan itu ada membuat penelitian terhadap laporan yang dikeluarkan oleh METMalaysia?

Baca di sini:



https://my-tv.online/2022/09/23/metmalaysia-sarankan-pru-15-selewat-lewatnya-pertengahan-november-2022/

Persoalan yang penulis mahu kemukakan, mampukah kabinet yang ada sekarang menangani isu banjir dengan baik?

Baca di sini:

https://my-tv.online/2022/09/23/mampukah-kabinet-sekarang-tangani-isu-banjir/



Serta mampukah kabinet yang ada sekarang menangani masalah ekonomi yang akan negara hadapi tahun hadapan.

Kabinet Kerajaan Keluarga Malaysia Tidak Bertindak Sebagai Satu Pasukan Yang Mantap

Mungkin menteri PN tidak sedar, tindakan mereka menghantar surat bantahan kepada YDP Agong akan melenyapkan terus kepercayaan dunia luar kepada Malaysia.

Ianya akan memberikan isyarat negatif yang jelas kepada dunia luar.

Terutamanya pelabur asing bahawa Malaysia kini berada di dalam krisis politik yang cukup kronik.



Tindakan mereka akan dilihat oleh negara luar sebagai berlakunya perpecahan di dalam kabinet kerajaan sendiri.

Dalam keadaan begini, pelabur mana yang akan ada keyakinan untuk datang melabur?

Penulis tidak akan merasa hairan sekiranya selepas ini nilai ringgit akan menjunam teruk.

Indeks saham di Bursa Malaysia akan terus jatuh dan ekonomi negara akan terus hancur.



Menteri PN juga tidak sedar bahawa tindakan mereka itu akan membuatkan YDP Agong bersetuju untuk terus membubarkan parlimen.

Secara logiknya, negara memerlukan kerajaan yang kukuh dan stabil untuk menghadapi banjir dan ekonomi yang akan menjadi lebih buruk di tahun hadapan.

Kerajaan yang kukuh dan stabil hanya akan wujud sekiranya ada kerjasama berpasukan yang mantap dalam badan eksekutif.

Sekiranya keputusan ketua badan eksekutif iaitu Perdana Menteri dibantah, sudah jelas lagi bersuloh, badan eksekutif yang ada sekarang mesti ditukar segera.



 

Menteri PN Serahkan Surat Bantah PRU 15 Tahun Ini Kepada Agong

 

Di Syorkan Untuk Anda:

Temui Kami:

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button