Kuih Kasturi atau Kuih Kacang



Kuih Kasturi atau Kuih Kacang
Kuih Kasturi atau Kuih Kacang

Kuih Kasturi Atau Kuih Kacang

Kita buat kuih tradisi pulak kali ni, yang dipanggil Kuih Kasturi. Ada nama lain juga untuk kuih ni iaitu Kuih Kacang Hijau dan Kuih Rengas. Nak buat kuih ni agak renyah atau remeh juga pada mulanya, tapi kita boleh simpan sebagai stok frozen, itu yg bagus.

Mula-mula kacang hijau kita rendam dan rebus sampai lembut dan hancur. Che Nom tambah rasa manis dengan 2 jenis gula iaitu gula melaka dan gula putih. Untuk melemakkan dan sedapkan rasa kuih, kita perlu tambah kelapa parut dan masak sampai jadi pekat, sebelum proses bentukkan doh kacang hijau. Kemudian goreng dengan adunan tepung salut yang rangup hasilnya. Kalau buat minum petang pun syiok juga nih.

Bahan-bahan:

  • Bahan-bahan:
    • 500g kacang hijau
    • 4 sb gula melaka
    • 1 cawan gula putih
    • 1 cawan kelapa parut
    • Sedikit garam
    • 1 cawan tepung gandum
  • Bahan-bahan tepung salutan:
    • 1 cawan tepung beras
    • 1/2 cawan tepung jagung
    • 1/2 cawan tepung gandum
    • 1 sb majerin
    • 1 biji telur
    • 1-2 sk garam
    • Sedikit pewarna kuning
    • 1 sb bancuhan air kapur

Cara Penyediaan:

  1. Cara-cara untuk kuih kacang:
    1. Basuh kemudian rendam kacang hijau anggaran 3-4 jam.
    2. Rebus sehingga kacang lembut.
    3. Masukkan gula melaka dan gula putih kemudian sambung masak sampai mendidih.
    4. Masukkan garam dan kelapa parut. Sambung masak sampai pekat.
    5. Masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit. Kacau perlahan sampai pekat, tutup api dan sejukkan.
    6. Bentukkan bulat dan tekan leperkan.
  2. Cara-cara untuk tepung salutan:
    1. Bancuh tepung beras, tepung jagung, tepung gandum, majerin, telur, garam, air kapur, air dan pewarna kuning (boleh ganti serbuk kunyit).
    2. Gaul sebati. Tambah air sampai dapat adunan sebati (tak cair dan tak pekat).
    3. Panaskan minyak dan celup kuih dalam adunan tepung salutan.
    4. Goreng kuih kacang sampai garing.

Tip:

  • Kalau nak jimat masa, tak perlu rendan dan boleh rebus terus dalam pressure cooker anggaran 15 minit.
  • Kalau adunan kacang agak lembam, salut kuih kacang yang dibentuk dengan tepung gandum sebelum celup dalam adunan tepung salutan.

Ketiadaan Calon Punca PH Takut Hadapi PRU 15

Kuih Kasturi atau Kuih Kacang

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :



Ketiadaan Calon Punca PH Takut Hadapi PRU 15

 



Related Articles

Leave a Reply

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker