Ayam Masak Merah ala Lauk Pengantin
Ayam Masak Merah Ala Lauk Pengantin
- Masa Penyediaan: 30 minit,
- Masa Memasak: 45 minit
- Jumlah Hidangan: 6-7 orang
Hi semua, Kali ni Che Nom akan sediakan Ayam Masak Merah ala Lauk Pengantin, yang menjadi kegemaran kami sekeluarga. Mmg menu yang confirm hit lah. Selalunya Che Nom akan masak Ayam Masak Merah ni untuk dipadankan dengan Nasi Tomato dan Acar Timun atau Jelatah. Resepi kali sedikit berbeza dgn resepi Ayam Masak Merah yg pernah Che Nom kongsikan sblm ni. Dua-dua versi mmg sedap.
Bahan-bahan:
- Bahan-bahan untuk kisar halus:
- 20-25 biji cili kering
- 5-8 biji bawang merah
- 5 ulas bawang putih
- 2 inci halia
- 1 biji bawang besar
- sedikit air
- Bahan-bahan untuk lain:
- ½ -1 ekor ayam (size kecil atau sederhana)
- sedikit garam
- 1 sudu kecil serbuk kunyit
- minyak masak, anggaran 2 cawan
- ½ biji bawang besar
- 2 helai daun pandan
- 1 batang kayu manis (boleh tambah pelaga,bunga lawang dan cengkih, jika suka)
- 1 biji tomato
- 1 batang serai
- sedikit air,untuk berkuah
- 2 sudu besar gula melaka
- ½ -1 cawan susu cair
- 2 sudu besar air asam jawa
- garam, secukup rasa
- ½ cawan kacang pis
- 1 biji bawang Holland/bawang besar, untuk taburan akhir
Cara Penyediaan:
- Cara-cara untuk ayam masak merah:
- Cincang kasar kesemua bahan-bahan untuk kisar halus.
- Masukkan dalam pengisar, tambah sedikit air dan kisar halus.
- Potong ayam kepada bahagian kecil, gaulkan bersama sedikit garam dan serbuk kunyit.
- Panaskan minyak. Goreng kesemua ayam sehingga separuh masak, angkat dan ketepikan.
- Keluarkan sedikit minyak, tumis bawang besar yang dihiris nipis sehingga kekuningan.
- Masukkan daun pandan yang dicarik dan juga kayu manis.
- Masukkan hirisan tomato dan serai. Kacau sehingga tomato hancur.
- Tuang kesemua bahan kisar halus dan masak sehingga pecah minyak serta warna kuah sambal bertukar manjadi gelap dan pekat.
- Masukkan ayam goreng separuh masak tadi, diikuti gula melaka, susu cair, air asam jawa, garam secukup rasa dan kacang pis.
- Tambah sedikit air jika kuah kering. Tabur dengan hirisan bawang holland pada akhir sekali dan masak sebentar sukup sekadar bawang holland layu.
- Bolehlah angkat dan hidang bersama nasi tomato, dan jelatah atau acar timun.
Tip:
- Kalau tak ada susu cair, boleh ganti dengan susu full cream atau sedikit santan.
- Jangan kisar bahan-bahan bersama tomato fresh, kerana nanti textur kuah ayam masak merah jadi kurang pekat berkilat dan rasa pun kurang sedap
Ayam Masak Merah ala Lauk Pengantin
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Selamat Mengundi , tapi jangan lupa kisah mimpi ngeri kerajaan PH 22 bulan.
- Walau kerajaan bertukar, RCI Tommy tidak boleh dihentikan
- PRU15 – Rakyat Tak Sabar , Parti Politik tertentu sahaja yang guna nama “rakyat” dan alasan banjir.
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :