Fuad Rahman Cerita Ibu Melawat Pakai Tongkat Jadi Asbab Berubah

“Saya Dekat ‘Dalam’, Takut Mak Apa-Apa Jadi Dekat Luar.”

Fuad Rahman Cerita Ibu Melawat Pakai Tongkat Jadi Asbab Berubah
Fuad Rahman Cerita Ibu Melawat Pakai Tongkat Jadi Asbab Berubah

Fuad Rahman Cerita Ibu Melawat Pakai Tongkat Jadi Asbab Berubah

Penyanyi asal Singapura yang kini bersaing di dalam program Gegar Vaganza musim kesembilan (GV9), Fuad Rahman tidak menafikan ibu menjadi antara asbab dia ‘keluar’ dari dunia gelap hingga berdepan hukuman penjara sebanyak tiga kali atas kesalahan dadah sebelum ini.

Fuad atau nama sebenarnya, Mohamed Fuad Abdul Rahman, 43, berkata, hatinya terjentik untuk berubah selepas ibu bertongkat hadir melawatnya di balik tirai besi.

Kali terakhir, saya dijatuhi hukuman tujuh tahun tiga bulan dengan enam kali sebatan. Jadi bila mak datang melawat dengan bertongkat… Dulu kita ‘tele-visit’, sebab mak nak jalan tak berapa kuat. Hanya menerusi panggilan video begitu.



Tertanya juga ketika itu, mengapa mak ‘melawat’ saya dengan cara begini? Sekali ada lawatan terbuka dan saya antara banduan yang berpeluang jumpa pelawat, ketika itulah saya kata ‘this is the time, full stop.

No more… sebab saya dekat ‘dalam’, takut mak apa-apa jadi dekat luar. Sebab saya sudah tengok banyak kawan-kawan yang ibu atau bapa meninggal, mereka tak sempat keluar (selesai jalani hukuman).

Malah kalau dapat keluar pun, orang-orang sekeliling bukan nak melawat arwah, orang mungkin nak tengok kita. Jadi rasa tak seronok, saya tak mahu macam tu’,” katanya kepada MH.

Bapa kepada dua cahaya ini juga bersyukur kerana bertemu dengan mereka yang sama-sama ingin berubah kembali ke pangkal jalan.



Saya nak cerita, dekat ‘dalam’, tak semuanya pemikiran negatif, atau tak nak berubah. Ada yang rajin belajar agama, sebab kami akan ada kelas ilmu tiap minggu dua tiga kali.

Jadi saya cenderung ke arah situ, bergaul dengan mereka dan berterusan beri nasihat, sampailah saya bebas, alhamdulillah. Bila kali ketiga dalam penjara, saya ketemu kawan yang betul-betul nak kita berubah,” katanya lagi.

Artikel Berkaitan;

Nana Mahazan Terhibur, GV9 ‘Meriah’; “Bagi Saya Dia Berjaya Menjadikan Program Itu ‘Hidup’



I Sayang You Hingga Allah Memisahkan Kita,” – Nabil Sebak Terharu, Iring Isteri Naik Pentas Rai Anniversay ‘Live’ Di Pentas GV9

Berambut Dreadlock Sejak 15 Tahun Lalu, Tom Akhirnya Ambil Keputusan Buka; “Memang Azablah…Prosesnya Ambil Masa.”

Kini kembali ke pangkal jalan, Fuad turut menitipkan pesan kepada golongan yang mengalami situasi serupa untuk terus berdoa kepadaNya moga diberikan hidayah, istiqamah untuk berubah.

Terdahulu dalam saingan konsert keempat malam tadi, Fuad menyampaikan lagu Layang-Layang Terputus Talinya nyanyian asal Alleycats terlihat mengalirkan air mata dalam persembahannya.



Apa Yang Akan Berlaku Sekiranya Hakim Nazlan Di Bicarakan

Fuad Rahman Cerita Ibu Melawat Pakai Tongkat Jadi Asbab Berubah


 

DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :




 

Apa Yang Akan Berlaku Sekiranya Hakim Nazlan Di Bicarakan

 



 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button